Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PBB Kritik Kenyataan Ketua...

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengkritik...

Tanpa Tangan, Lelaki Masih...

IA merupakan sesuatu yang amat menyentuh hati. Bayangkan tanpa kedua-dua tangan, Chen Xinyin...

Pemerdagangan Manusia: 24 Jenazah...

POKOK SENA - Kumpulan keempat 24 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dipercayai etnik Rohingya...

2 Rakan Didakwa Merompak...

KUALA LUMPUR – Dua rakan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Mangsa Banjir Di Lima Negeri Terus Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di lima negeri terus menunjukkan penurunan apabila seramai 10,007 orang daripada 3,086 keluarga direkodkan setakat jam 5 petang tadi.

Berdasar aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 71 jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Pahang masih mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 6,319 orang yang ditempatkan di 48 PPS.

Mereka adalah 2,292 lelaki, 2,260 wanita, kanak-kanak lelaki (827), kanak-kanak perempuan (761), bayi lelaki (78), bayi perempuan (101), warga emas lelaki (269), 311 (warga emas perempuan), orang kelainan upaya lelaki (30) dan orang kelainan upaya perempuan (25).

Di Selangor, seramai 2,615 mangsa daripada 769 keluarga masih berada di 17 PPS.


Di Kelantan dan Melaka, masing-masing cuma satu PPS dibuka dengan 42 mangsa (Kelantan) manakala 26 mangsa (Melaka).

Sementara itu, di Negeri Sembilan, dua PPS masih beroperasi yang menempatkan 29 mangsa daripada sembilan keluarga.

Dalam pada itu, di Kuala Lumpur, sebuah PPS dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala yang menempatkan 137 mangsa susulan kejadian tanah runtuh.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori