Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Najib Tiba Di Milan...

MILAN (Itali) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini...

PVATTBM Minta Tambah Baik...

KANGAR - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) meminta kerajaan pusat...

Mira Filzah Jadi Model...

WOW! Pelakon Mira Filzah bakal bergelar model di pentas antarabangsa sempena Minggu Fesyen...

Polis Tahan 2 Lelaki...

GEORGE TOWN - Dua lelaki yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun bersenjata di...

Mangsa Banjir Di Pahang Berkurangan

JERANTUT: Mangsa banjir di Pahang terus berkurangan kepada 25,104 orang daripada 7,452 keluarga yang berada di 172 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 34,396 orang semalam.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, semua PPS di Jerantut dan Raub ditutup selepas mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang memaklumkan, PPS yang masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di negeri ini kini hanya membabitkan enam daerah.

Katanya, seramai 3,286 mangsa banjir daripada 852 keluarga masih ditempatkan di 21 PPS di Kuantan, manakala Maran mempunyai 1425 mangsa daripada 414 keluarga di 27 PPS dan 4,590 mangsa daripada 1,576 keluarga di 17 PPS di Bentong.


Di Pekan, terdapat 1526 mangsa daripada 491 keluarga di 20 PPS, Bera mempunyai 2,284 mangsa daripada 658 keluarga di 22 PPS, manakala di Temerloh terdapat 11,842 mangsa daripada 3,393 keluarga di 63 PPS.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori