Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis Buka Siasatan Kes...

SIASATAN kini dilakukan bagi mencari dalang kebocoran kertas soalan Sains Ujian Penilaian Sekolah...

1MDB Sedang Disiasat, Kata...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengulangi penegasan berhubung pendiriannya...

BN Tawan Semula DUN...

GUA MUSANG : Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumumkan...

Malaysia Akan Hantar Surat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menghantar surat rasmi kepada India mengenai pendirian untuk...

Mangsa Banjir Meningkat Kepada 17,963 Orang

SHAH ALAM : Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang membabitkan 6,135 keluarga di lapan negeri dengan Perak dan Kuala Lumpur menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu setakat jam 11.20 pagi ini.

Berdasarkan laporan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 275 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 6,887 orang diikuti Selangor (5,350), Kelantan (3,877), Melaka (560), Kuala Lumpur (555), Negeri Sembilan (467), Terengganu (267) manakala Perak tiada mangsa direkodkan namun satu PSS dibuka setakat jam 8.05 pagi.

Sementara itu, portal publicinfobanjir.water.gov.my menyenaraikan 18 stesen aras sungai di Pahang melepasi tahap bahaya dengan kebanyakannya menunjukkan bacaan meningkat di daerah Bentong, Raub, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan.


Di Selangor terdapat 10 stesen aras sungai pada tahap sama melibatkan kawasan Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Sepang dan Kuala Selangor.

Situasi sama berlaku di tiga stesen aras sungai di Kelantan bagi kawasan Tanah Merah dan Kuala Krai manakala Perak serta Melaka masing-masing dua stesen dan Terengganu hanya di Sungai Tebak, Kemaman.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori