Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Ardern Wanita Berhati Waja...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menyifatkan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda...

‘Kau Pergi Redah Banjir...

KUALA LUMPUR : Ketika tiada siapa yang mahu mengambil beliau, saya melihat beliau...

Jaga-Jaga! Dirakam Kamera ‘Penyangkut...

MELIHAT pada bentuknya, pasti ramai yang menyangka ianya hanyalah penyangkut baju biasa yang...

Hari-Hari Terakhir Di Kota...

HARI ini adalah hari keenam di Tanah Suci Makkah - rutin berjalan kaki...

Mangsa Tanah Runtuh Kg. Sg. Penchala Belum Ditempatkan Di PPS

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menggesa pihak berwajib menyegerakan bantuan kepada mangsa-mangsa tanah runtuh di Kampung Sungai Penchala, di sini.

Menerusi satu kenyataan media, Hannah berkata pihak berwajib masih belum memutuskan penempatan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kepada semua mangsa walaupun beberapa siri mesyuarat diadakan sejak Ahad malam.

“Saya menggesa mereka yang diamanahkan untuk mengendalikan mangsa-mangsa bencana kejadian tanah runtuh di Sungai Penchala untuk segera memutuskan PPS dan menguruskan pemindahan dengan segera.

“Menteri Wilayah Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri KPWKM (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad wajar lebih empati kepada mangsa-mangsa yang amat memerlukan tempat perlindungan untuk berehat, berasa selamat, selesa dan mempunyai akses untuk kemudahan kebersihan serta perlindungan kesihatan mereka,” katanya.


Jelasnya, sehingga pukul 3.15 petang Isnin, beliau memaklumkan semua mangsa masih ditempatkan di Masjid Al-Hidayah dan Dewan Masyarakat Kg. Sungai Penchala.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori