Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Empat Nelayan Indonesia Dikhuatiri...

BALIK PULAU – Seorang nelayan warga Indonesia ditemui selamat manakala empat lagi rakannya...

UMNO, DAP Enggan Ulas...

SHAH ALAM - UMNO dan DAP enggan mengulas mengenai pertemuan bersama Yang di-Pertuan...

Sebanyak 1,774 Kes Denggi...

MELAKA - Sebanyak 1,774 kes demam denggi dilaporkan dari Januari hingga 30 Ogos...

Roti Canai Berwarna Hijau,...

SELAIN nasi lemak, roti canai antara juadah sarapan pagi paling popular yang mendapat tempat...

MOF Senaraikan Dua Kategori Dikecualikan Cukai FSI

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk mengecualikan cukai ke atas pendapatan yang diterima dari luar negara (FSI) kepada pembayar cukai pemastautin berdasarkan dua kategori dan syarat substantif.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan hari ini berkata, bagi kategori syarikat atau perkongsian liabiliti terhad, jenis pendapatan yang dikecualikan cukai adalah pendapatan dividen.

Menurutnya, bagi kategori individu pula, semua jenis pendapatan dikecualikan cukai dan kedua-dua kategori itu tertakluk kepada syarat kelayakan yang akan diperincikan dalam garis panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Selain daripada jenis pendapatan bagi dua kategori itu, ia tertakluk kepada pengenaan cukai di Malaysia.

“Pengecualian berkenaan akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026,” katanya.


Katanya, bagi kategori pembayar cukai individu, kerajaan memberikan pengecualian kepada semua individu kecuali yang menjalankan perniagaan perkongsian di Malaysia, di mana akan tertakluk kepada cukai bagi pendapatan FSI yang diterima.

Dalam pada itu, MOF juga memaklumkan, kerajaan mengenakan kadar duti setem 0.15 peratus ke atas nota kontrak bagi dagangan saham atau stok dan amaun maksimum duti setem yang dikenakan bagi setiap nota kontrak ini adalah dihadkan sehingga RM1,000.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori