Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Israel Ceroboh Masjid Al-Aqsa,...

MOSCOW- Sekurang-kurangnya 60 penduduk Palestin cedera akibat pertempuran dengan unit polis Israel, yang...

60 Premis Di Sabah...

SANDAKAN - Sebanyak 60 premis disyaki menjual minuman keras dan rokok seludup di...

Kos Sara Hidup Fokus...

KUALA LUMPUR - Kenaikan kos sara hidup terus menjadi fokus para pembahas ucapan...

Hanya RM1.2 Bilion Pastikan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperuntukkan RM1.2 bilion tahun depan berbanding RM1.1 bilion...

Musibah Ramai Ketua Politik Dalam Kerajaan

Bantuan kepada mangsa banjir agak lewat bukan suatu rahsia. Dalam zaman kecanggihan telefon pintar perkongsian maklumat oleh mangsa banjir sederas air banjir.

Mangsa banjir mampu berkongsikan nasib mereka kepada dunia pada detik paling sukar sedang mereka dihadapi. Tidak perlu menunggu ditemuramah oleh wartawan selepas banjir surut.

Perdana Menteri sendiri turut mengakui berlaku kelewatan bantuan kepada mangsa banjir dengan alasan bencana yang melanda tidak diduga.

Bagaimanapun kita bersyukur akhirnya segala bantuan oleh kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan dapat juga dikoordinasikan walau sedikit terlewat.

Keadaan itu ternyata berbeza berbanding “respons time” terhadap musibah banjir semasa negara di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Antaranya banjir besar di Pulau Pinang pada 2017 dengan pantas seluruh aset dan jentera kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digerakkan memberi bantuan.

Justeru persoalan yang timbul mungkinkah respons deras jentera kerajaan ketika itu kerana dibawah sebuah pasukan yang sama iaitu pasukan kerajaan BN.


Berbanding kedudukan kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan ketika ini sebahagiannya dikuasai PPBM dan ada yang dikuasai oleh PAS.

Masing-masing ada ketua kantor politik masing-masing yang mungkin perlu dipatuhi demi kredit dan merit untuk parti masing-masing?

Mungkinkah kerana itu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengadakan majlis rasmi bantuan kepada mangsa banjir sebelum bantuan disalurkan kepada mangsa banjir?

Janganlah menganggap persoalan ini sebagai satu serangan kepada kerajaan campuran Keluarga Malaysia sebaliknya anggaplah ia sebagai satu teguran dan nasihat.

Kerana rakyat perlu tahu perkara sebenar supaya mereka memperoleh pedoman apa yang sepatutnya mereka tahu dalam memilih sebuah kerajaan dominan pada masa depan.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori