Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Potongan Cukai Tanah Rizab...

ISKANDAR PUTERI - Potongan cukai tanah 50 peratus bagi rizab Melayu di Johor...

Tak Cedok Idea Artis...

PENYANYI popular Faizal Tahir memberitahu tindakannya sekadar berkongsi foto berkaitan single baharunya berjudul...

Vingada Kekal 16 Pemain...

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada mengekalkan sebahagian besar daripada...

Darah, Pistol Punca Abang...

ABANG bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, Matias, 35, ditahan polis berikutan penemuan...

Nadir Bumi Berlion-Lion Harapan Pasukan Kedah

CERITA tentang nadir bumi (REE) anugerah Tuhan di Kedah dianggarkan bernilai RM62 bilion semakin sepi.

Semoga cerita itu “real” sebab bab-bab duit agak sensitif sehingga bimbang mula dilihat sebagai “scam”.

Hingga pernah timbul isu nadir bumi hanya alasan untuk membalak saki-baki hutan yang tinggal di Kedah.

Kita juga harap cerita nadir bumi oleh Menteri Besar Kedah itu benar sebab banyak benda perlu beliau setelkan.

Dengan hasil REE bolehlah Muhammad Sanusi selesaikan tunggakan cukai Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Berlion-lion kot nilainya, takkan tak mampu bayar cukai kan.

Tidaklah Muhammad Sanusi terus mengomel minta LHDN lupuskan dengan alasan RM10 juta boleh buat banyak titi.

Supaya tiada lagi alasan beliau tunggakan cukai itu tidak wajar sebab itu tunggakan cukai pengurusan lama.

Sehingga hari tidak jelas Muhammad Sanusi merujuk akta percukaian mana dalam memberi alasan itu.


Sekali lagi, berlion-lion kot, takkan cukai banyak tu tidak mampu nak selesaikan.

Dengan hasil REE juga diharap tiada lagi isu pemain Kedah tidak dibayar gaji mengikut masa yang sepatutnya.

Sehingga ‘koyak rabak’ akibat teguran prihatin TMJ dan kemudian melalut kepada hal bukan berkaitan isu bola sepak.

Muhammad Sanusi wajar konsisten tentang REE kerana itu yang lebih menjamin masa depan pasukan Kedah. Berlion-lion kot.

Kegagalan JDT mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia tidak menyumbang kepada kemajuan skuad Lang Merah.

Kemajuan pasukan bola sepak terletak kepada kemampuan pimpinannya mengurus dan menjana kewangan. Dan REE, berlion-lion kot. -MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori