Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

SPRM Kesan 3 Individu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga individu bagi...

Serangan Al-Aqsa: Anwar Desak...

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa komuniti antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Hosni Mubarak Bebas Dari...

KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan pada 2011 meninggalkan hospital...

Penunggang Motosikal Maut Digilis...

SEREMBAN - Seorang penunggang terbunuh manakala isterinya parah setelah motosikal yang dinaiki mereka...

NGO Malaysia Antara Terawal Bantu Rakyat Afghanistan

KUALA LUMPUR: Pakistan memuji tindak balas pantas Malaysia, yang menjadi antara negara terawal menghulurkan bantuan kemanusiaan ke Afghanistan.

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Amna Baloch, berkata wakil badan bukan kerajaan (NGO) negara ini menjadi antara yang pertama sampai ke Kabul pada pertengahan September lalu, selepas pentadbiran negara itu dikuasai Taliban pada Ogos.

“Apabila situasi di sana berada dalam keadaan amat tidak menentu, wakil NGO Malaysia memiliki motivasi dan berani untuk mengharungi situasi di sana.

“Saya gembira untuk menyatakan mengenainya dan ini adalah satu kisah kejayaan bagi Malaysia,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi interaksi bersama media berhubung penganjuran Sesi Luar Biasa Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan isu kemanusiaan di Afghanistan di Islamabad, 19 Disember ini.

Amna berkata, Pakistan juga akan meneruskan bantuan kemanusiaan ke Afghanistan termasuk penyediaan barangan keperluan, makanan dan bekalan perubatan, terutama bagi menghadapi musim sejuk yang melampau di negara itu.

Mengenai sesi luar biasa berkenaan, Amna memaklumkan, Pakistan menawarkan untuk menjadi tuan rumah selepas Arab Saudi selaku Pengerusi Sidang Kemuncak OIC mengumumkan inisiatif berkenaan.

Katanya, antara objektif persidangan itu adalah bagi menyatakan solidariti umat Islam bersama rakyat Afghanistan dan memastikan OIC memimpin dalam mendapatkan ikrar lebih banyak pihak bagi bantuan kemanusiaan serta mewujudkan mekanisme untuk pengumpulan dan penyaluran bantuan.


“Selain itu, kita juga memainkan peranan untuk menangani situasi kemanusiaan yang semakin merosot di Afghanistan, terutama dari segi kekurangan makanan, perpindahan penduduk dan potensi keruntuhan ekonomi.

“Persidangan ini juga bertujuan menarik perhatian masyarakat antarabangsa mengenai tragedi kemanusiaan di Afghanistan, yang berpotensi memburukkan lagi keadaan keselamatan, mendorong ketidakstabilan dan mengakibatkan penghijrahan pelarian secara besar-besaran, selain memberi kesan buruk kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa,” katanya.

Beliau memaklumkan, selain negara OIC, Pakistan turut menjemput Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara P5 dan beberapa agensi kewangan serta pembangunan.

“Masyarakat antarabangsa perlu kekal secara konstruktif untuk terbabit dan mencari jalan bagi meringankan penderitaan rakyat Afghanistan.

“Pakistan menekankan keperluan bagi langkah untuk mengurangkan sekatan kewangan dan perbankan supaya bantuan kemanusiaan boleh disalurkan secara efektif,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori