Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Qatar Kutuk Terbabit Konflik...

DOHA - Kementerian Luar Qatar mengutuk sekeras-kerasnya dan menyangkal semua dakwaan mengatakan negara...

Gagal Bendung Perang Di...

Selebriti A-list Hollywood, Angelina Jolie bertindak mengkritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)kerana kegagalan badan pengaman...

RM50 Juta Untuk 32...

KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan yang terjejas banjir...

Sebenarnya Kenapa Wanita Lebih...

RAMAI antara kita yang sedia maklum bahawa jumlah wanita sememangnya melebihi kaun lelaki....

Omicron Sudah Sampai Ke Malaysia

Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan varian membimbangkan Covid-19 Omnicron sudah dikesan di Malaysia.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu disahkan berdasarkan sampel pelajar 19 tahun daripada daripada Afrika Selatan yang masuk ke negara ini pada 19 November.

Khairy berkata pelajar itu masuk ke Malaysia pada 26 November, sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Omicron sebagai varian membimbangkan.

Lima orang menjadi kontak rapat setelah menggunakan bas universiti yang sama ketika dalam perjalanan daripada Lembah Klang ke Ipoh.

Katanya, pelajar itu menjalani kuaranti seorang diri, patuh kepada perintah serta menerima vaksin lengkap dan tidak bergejala.


Kes juga, katanya lagi, meneruskan pengasingan di rumah selama 10 hari selepas diberi pelepasan pada 29 November.

Sementara itu, Khairy berkata kontrak rapat dalam kes itu juga negatif bagi ujian sampel pertama dan kedua.

Khairy pada 30 November berkata Omicron atau B.1.1.529 mungkin lebih mudah menular berbanding varian Delta.

BACA – Dua Kes Import Di Singapura Positif Ujian Awal Varian Omicron

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori