Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Harimau Malaysia Duduki Ranking...

KUALA LUMPUR - Tiga aksi persahabatan skuad Harimau Malaysia pada Jelajah Oceania bulan...

Kerajaan Batal AP Syarikat...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan membatalkan dengan serta-merta kelulusan permit (AP) syarikat-syarikat yang gagal...

Gary Hoo Dilantik CEO...

KUALA LUMPUR: AIA General Bhd, anak syarikat AIA Bhd mengumumkan pelantikan Gary Hoo...

Omicron Sudah Sampai Ke...

Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan varian membimbangkan Covid-19 Omnicron sudah dikesan di Malaysia.Menteri Kesihatan...

Padah Lawan Arus, Wanita Maut Kemalangan

KOTA KINABALU : Tindakan seorang wanita memandu melawan arus membawa padah apabila kenderaan dinaiki bertembung dengan kenderaan lain hingga menyebabkannya maut di lokasi kejadian.

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tuaran Bypass berhadapan Dewan Kebudayaan, kira-kira pukul 1 pagi tadi, mangsa, Florenni Dominic, 28, yang memandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Superintenden Jo Ak Hang berkata, tiga mangsa lain yang mengalami cedera parah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan siasatan, Perodua Kancil dipandu mangsa melawan arus hingga bertembung dengan kenderaan Perodua Alza yang sedang menghala ke Penampang.

“Pemandu Perodua Alza yang merupakan seorang lelaki berusia 30 tahun menyedari kenderaan mangsa dipandu melawan arus namun tidak sempat untuk mengelak kerana jarak kenderaan yang terlalu dekat. Kedua-dua kenderaan bertembung.

“Akibat pertembungan itu, mangsa yang memandu Perodua Kancil meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua penumpang bersamanya serta pemandu Perodua Alza yang cedera parah dibawa ke hospital,” katanya.


Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HQE dan sampel darah mangsa akan diambil bagi analisis alkohol.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambah beliau, siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta untuk tampil membantu siasatan.

Pasukan bomba turut terlibat dalam kerja-kerja menyelamat mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori