Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nicol Tewas Pusingan Pembukaan...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mengalami kekalahan besar dalam...

Boateng Nilai 5 Pemain...

KUALA LUMPUR -  Pengendali skuad 'The Red Warriors' (TRW), George Boateng sedang menilai...

1988 Bukti Pentingnya Kebebasan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengambil contoh krisis yang berlaku...

TM Tidak Rancang Tamatkan...

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) memberikan penjelasan tentang satu artikel bertajuk...

Pahang, Johor Diramal Banjir Sabtu Ini

KUALA LUMPUR – Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan ramalan awal banjir di Kelantan dan Terengganu bermula 31 Disember, manakala di Pahang dan Johor mulai 1 Januari.

PRABN di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan itu berikutan amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia pada Selasa.

Menurut pemakluman yang disiarkan di laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, daerah di Pahang yang diramal banjir adalah Maran, Temerloh, Jerantut dan kawasan sekitar, Kuantan (Sungai Lembing) serta Rompin, manakala di Johor, Mersing serta kawasan sekitarnya.

Di Kelantan, kawasan diramal banjir adalah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Machang dan kawasan sekitar; Tanah Merah (Jenob) dan Pasir Mas (Rantau Panjang) serta kawasan sekitar.

Selain itu, banjir juga diramal di Terengganu melibatkan Besut, Hulu Terengganu dan Dungun serta kawasan sekitar daerah-daerah berkenaan.


“Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa,” katanya.

Maklumat dan amaran semasa boleh diakses menerusi laman web publicinfobanjir.water.gov.my, media sosial Facebook PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori