Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pengundian Di N.Sembilan Lancar...

SEREMBAN - Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata proses pengundian...

ASEAN NCAP Terima Anugerah...

KUALA LUMPUR - Program Penilaian Kenderaan Baharu untuk Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP)...

Shafie Tidak Kisah Hilang...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau...

Agong Tak Terima Senarai...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong tidak menerima senarai ahli-ahli Parlimen yang menyokong...

Pantai Tanjung Dawai Dicemari Sampah-Sarap

SUNGAI PETANI : Pantai Tanjung Dawai, Merbok di sini yang sepatutnya indah setiap masa kini dicemari longgokan sampah- sarap yang ditinggalkan pengunjung selepas berekreasi di kawasan berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, walaupun kemudahan tong sampah disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi sisa plastik dan bekas makanan masih dibuang di merata-rata tempat.

Keadaan itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan Pantai Tanjung Dawai, malah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengunjung lain.

Seorang penduduk, Ahmad Nasir Rahim, 46, berkata, dia kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pengunjung yang memandang remeh isu kebersihan.

Menurutnya, kawasan Tanjung Dawai adalah destinasi tumpuan pelancong untuk membeli-belah hasil laut, selain untuk menikmati keindahan pantainya.

“Bagaimanapun, ada pengunjung yang tanpa rasa bersalah membuang sampah merata-rata mengundang imej buruk kepada tempat ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Seorang pengunjung, Nor Dayana Saad, 25, berkata, dia kecewa apabila melihat banyak sampah di sekitar pesisir pantai di sini.

“Sampah yang dibuang ini bukan sahaja mencemarkan pemandangan, tetapi turut mengundang bau busuk dan saya bimbang jika berlarutan kawasan pantai ini boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,” ujarnya.

Seorang lagi pengunjung, Alias Ismail, 45, pula berkata, dia mendapati segelintir pengunjung tanpa malu meninggalkan sampah walaupun tong sampah disediakan.

“Sikap tidak bertanggungjawab pengunjung tersebut menyumbang kepada masalah pencemaran di kawasan pantai tersebut,” ujarnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori