Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

WHO Mohon Pembiayaan Segera...

AMMAN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merayu pembiayaan segera berjumlah kira-kira AS$80 juta (RM382.23...

Dakwaan Fitnah Projek LCS:...

KUALA LUMPUR : Polis selesai merakam keterangan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang...

Tegur Pemimpin Dengan Cara...

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Shabery Cheek menasihatkan semua...

Mahathir Tidak Tahu Duit...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui tidak tahu sama ada bayaran insentif...

PAPSMA Jamin Kemasukan Pekerja Bangladesh Pantas

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) memberi jaminan akan mematuhi segala prosedur dan garis panduan ditetapkan bagi membantu majikan membawa masuk tenaga kerja dari Bangladesh ke negara ini.

Setiausaha Agungnya, Dr. Sukumaran Nair berkata, jaminan kepada kerajaan Malaysia dan Bangladesh itu adalah bagi memastikan perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan pantas serta tanpa masalah.

“Kami gembira kerana Kementerian Sumber Manusia mempercayai serta memberi mandat kepada PAPSMA untuk sama-sama terlibat dalam proses pengambilan pekerja Bangladesh dalam pelbagai sektor di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Bangladesh yang berlangsung semalam.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan semalam, pelaksanaan MoU itu akan dikawal selia oleh satu Kumpulan Kerja Bersama (JWG) yang dianggotai oleh kedua-dua negara.


Pemeteraian MOU itu dijangka dapat menampung keperluan mendesak untuk guna tenaga asing termasuk di sektor perladangan yang telahpun diluluskan oleh Jemaah Menteri sebanyak 32,000 secara pengecualian khas.

Dalam pada itu, Sukumaran turut meluahkan kegembiraan kerana garis panduan serta polisi disediakan kepada kedua-dua negara adalah terperinci.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori