Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Raja Dubsmash Ucop Buat...

PERSEMBAHAN Ucop Buat Hal Lagi Live berlangsung dalam keadaan yang cukup gamat dan...

Video: Lagi Kes Rakyat...

JIJIK lagi pengotor, itu perkataan yang pastinya terbit dari minda apabila melihatkan visual...

Tol: Tiada Lagi Kenaikan...

TOL kembali menjadi isu apabila 18 lebuh raya di Lembah Klang dan Johor...

Kebakaran Biasa Tetapi Banyak...

KUALA LUMPUR - Kebakaran di Tingkat 10 Menara Dua, Ibu Pejabat Polis Bukit...

PAS Gembira Najib Kena Penjara?

Pemimpin PAS kata keputusan kes Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini membuktikan mahkamah negara ini bebas daripada campur tangan politik.

Adakah ini bermakna jika Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebaliknya maka PAS akan menganggap mahkamah negara ini tidak bebas?

Ironinya ini juga hujah-hujah digunakan musuh UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sangat takut Najib dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan.

Jika mahkamah memenjarakan Najib maka mahkamah adalah adil dan saksama. Jika mahkamah membebaskan dan melepaskan Najib pasti mahkamah dituduh tidak bebas.

Rumusan mengapa mereka begitu khuatir Najib lepas dan bebas mudah sahaja iaitu takut kepada bayang-bayang sendiri.

Andai Najib dibebaskan pasti beliau akan kembali dengan lebih hebat.


Sedangkan Najib adalah seorang bekas Perdana Menteri dan insan yang telah dianiaya dengan begitu dasyat oleh mereka sehingga seisi keluarganya termasuk anak dan cucu turut dizalimi.

Justeru, PAS yang mengaku parti Islam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang senada dengan para penzalim hanya kerana telah menikmati pangkat, jawatan dan kedudukan.

Sekurang-kurangnya ‘cover’ la sikit kupiah dan sarban bimbang lambat laun rakyat semakin mengenali apakah PAS sebenar-benarnya penunggang agama terulung di alam semesta.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori