Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Laudya Cynthia Kahwin Bekas...

BEKAS suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin dikhabarkan bakal menamatkan zaman...

Majikan Di Sabah Diingat...

KOTA KINABALU - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah mengingatkan majikan di negeri ini...

Pembangkang Manipulasi Isu Ibarat...

PADANG RENGAS - Kecenderungan pembangkang memanipulasi pelbagai isu kebelakangan ini ibarat uji kaji...

Tiada Jangkitan Baharu Selesema...

KOTA BHARU - Tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung (H5N1) dikesan di Kelantan...

Pemandu Treler Dihukum Penjara 110 Tahun Sebabkan Empat Kematian

DENVER: Seorang pemandu treler dijatuhi hukuman penjara 110 tahun pada Isnin kerana menyebabkan kematian dalam nahas jalan raya di Colorado pada 2019.

Rogel Aguilera-Mederos didapati bersalah pada Oktober atas lebih 20 pertuduhan, termasuk menyebabkan kematian dan cuai ketika memandu sehingga menyebabkan nahas ngeri itu.

Aguilera-Mederos memberitahu penyiasat brek trak itu terputus dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengelak kejadian daripada berlaku.

Nahas itu berlaku di Interstate 70, Lakewood, Colorado, di barat Denver, lapor United Press International (UPI).

KCNC-TV di Denver melaporkan, menerusi rakaman video kemalangan menunjukkan Aguilera-Mederos boleh menggunakan laluan treler untuk mengelak melanggar kenderaan lain, tetapi tidak melakukannya.


Treler dipandunya merempuh kenderaan yang sedang berhenti, menyebabkan kebakaran besar dan membunuh empat orang — Doyle Harrison, William Bailey, Miguel Angel Lamas Arellano dan Stanley Politano.

Hakim A. Bruce Jones berkata di bawah undang-undang negeri, beliau perlu menjatuhkan hukuman bagi setiap kesalahan dan atas faktor itu hakim mengenakan hukuman minimum bagi setiap pertuduhan.

Aguilera-Mederos memohon pengampunan sebelum hukuman dijatuhkan dan meminta maaf kepada keluarga mangsa kerana ia adalah kemalangan dan bukan disengajakan.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori