Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jean Todt Berharap Schumi...

PRESIDEN Persatuan Automotif Antarabangsa (FIA) dan juga bekas CEO team Ferrari, Jean Todt...

Rasis: Orang Politiklah Perosak...

35 tahun lalu, saya belajar di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar Alor...

Wanita Kurang Siuman Tikam...

GEORGETOWN - Wanita kurang siuman yang menikam pemandu Bas Rapid Penang ditahan polis...

YouTuber Didenda RM2,500 Kerana...

PETALING JAYA : Seorang YouTuber didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas...

Pemimpin Umno Persoal Tugas Nadma Tak Terlibat Urus Banjir

Bekas menteri, Ahmad Shabery Cheek mempersoal kenyataan bahawa Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) tidak terbabit dalam soal pengurusan bencana.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berharap kenyataan menteri bahawa Nadma hanya menguruskan pampasan banjir semata-mata adalah tersalah petik.

“Saya harap kenyataan ini tidak betul dan disalah petik.

“Setahu saya Nadma ditubuhkan selepas banjir besar 2014, mengambil alih peranan MKN (Majlis Keselamatan Negara) dalam pengurusan bencana.

“Ada model seperti FEMA di AS yang khusus dalam membuat persiapan awal, membina tahap kesiapsiagaan rakyat, memberi amaran awal, membuat koordinasi dengan pelbagai agensi lain apabila kerahan diperlukan.

“Nama Nadma pun National Disaster Management Agency sudah membayangkan tugasnya,” tulis Ahmad Shabery dalam satu hantaran di Facebooknya.


Semalam, satu portal berita melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad berkata, Nadma hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri.

Katanya, Nadma juga tidak bercadang untuk menempatkan pejabat dan kakitangannya di peringkat daerah kerana ia melibatkan kos yang besar.

“Saya minta wakil rakyat jangan meletakkan sepenuhnya kepada Nadma. Ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pusat.

“Kalau hal ehwal yang berkaitan dengan banjir atau bencana, perlu dikongsi oleh pihak ini (kerajaan negeri dan kerajaan tempatan), jangan bulat-bulat serahkan kepada Nadma di peringkat pusat,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Gazette.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori