Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mayat Pengebom Manchester Arena...

MAYAT pengebom Manchester Arena, Salman Abedi, terpaksa diterbangkan secara rahsia ke Libya selepas...

Muafakat Nasional Buka Permohonan...

SHAH ALAM - Permohonan untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) sebagai ahli baharu mula...

5 Sekeluarga Rentung, 1...

SUNGAI PETANI - Lima sekeluarga rentung termasuk dua kanak-kanak, manakala seorang emas melecur...

4,500 Belia Berkemah Di...

SERDANG - Seramai 4,500 belia bandar dan luar bandar berkhemah di Tapak Ekspo...

Penduduk Berhampiran Pantai, Tanah Rendah Dinasihat Peka

Kuala Nerus : Fenonena air pasang besar dijangka berlaku di sepanjang pantai negeri ini dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.7 meter.

Fenomena itu boleh mengakibat kejadian banjir sekiranya berlaku pertembungan hujan lebat berterusan yang diramalkan bermula bulan ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, fenomena air pasang besar itu dijangka berlaku selama 10 hari bermula Jumaat ini.

Menurutnya, penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran pantai dan tanah rendah di semua daerah di negeri ini kecuali Hulu Terengganu diingatkan sentiasa peka dengan situasi itu.

“Sepanjang tempoh fenomena itu, kedudukan aras air laut tertinggi bagi Stesen Cerapan Kemaman adalah dari 3 meter hingga 3.7 meter.

“Manakala, bagi Stesen Cerapan Kuala Terengganu pula, aras air laut tertinggi pula adalah antara 2.4 hingga 2.9 meter,” katanya kepada Harian Metro ketika meninjau aliran air di tali air Taman Desa Damai, di sini, semalam.


Katanya, sebanyak 37 kampung yang terletak di kawasan pantai di tujuh daerah kecuali Hulu Terengganu berkemungkinan berdepan risiko banjir sekiranya berlaku pertembungan hujan lebat dan angin kuat.

Tambahnya, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadikan fenomena itu sebagai pesta untuk melihat ombak besar.

“Orang ramai juga diingatkan mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti air dan penangkapan ikan oleh nelayan pantai sepanjang musim tengkujuh bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

-Harian Metro

Kategori