Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Sebanyak 158 SJKT Seluruh...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 158 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) daripada keseluruhan 524...

Tunku Ismail Berkenan Kacau...

BATU PAHAT – Lokasi terakhir yang menjadi persinggahan konvoi Diraja Kembara Mahkota Johor...

Azmin Sokong Mahathir Jadi...

SHAH ALAM - Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu diberi peluang memimpin hingga ke...

Muhyiddin Bangga Pesakit ...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa bangga beliau...

Penduduk Kampung Samariang Batu Rayu Tangani Masalah Banjir

PETRA JAYA: Setiap kali fenomena air pasang besar berlaku, penduduk di pesisir Sungai Salak di Kampung Samariang Batu di sini, berdepan risiko dilanda banjir kilat.

Malah, penduduk tidak mampu berbuat apa-apa setiap kali fenomena itu berlaku dan sekadar mampu mengalihkan barangan serta perabot bagi mengelak kerosakan apabila air sungai melimpah ke dalam rumah.

Mekanik, Amran Jali, 57, berkata masalah banjir akibat fenomena air pasang besar sudah berlarutan sejak sekian lama sehingga menimbulkan kesusahan dalam kalangan penduduk.

Beliau berkata, kediamannya antara paling terkesan setiap kali fenomena itu berlaku kerana berada di pesisir sungai berkenaan.

“Jika hujan lebat kami tidak terlalu bimbang namun jika air pasang besar berlaku, ketika itulah kami tidak senang duduk kerana memikirkan nasib kami.

“Baru-baru ini, fenomena air pasang besar berlaku mengakibatkan air sungai naik dan melimpah ke dalam rumah sehingga ke paras betis,” katanya kepada BH.

Marzuki Abdillah, 40, pula merayu kerajaan supaya segera menangani masalah berkenaan dengan membina ban atau benteng.

Katanya, pihak berkaitan juga boleh mengambil inisiatif melebar dan mendalamkan sungai berkenaan bagi mengelak banjir kilat setiap kali fenomena itu berlaku.


“Sudah tentu kami sedih kerana perlu berdepan risiko banjir kilat dan akhirnya mengakibatkan kerosakan harta benda serta mengalami kerugian setiap kali bencana berlaku,” katanya.

Sementara itu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata kerajaan sedang berusaha menangani masalah dihadapi penduduk berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Persekutuan dan Pemantauan Projek) berkata, pelbagai perancangan sedang dikaji antaranya membina ban serta memindahkan penduduk di kawasan yang lebih selamat.

“Kebanyakan rumah penduduk ini memang dibina di pesisir dan atas sungai dan setiap kali hujan lebat ditambah fenemona air pasang besar, banjir akan berlaku.

“Ini sesuatu yang sedang diusahakan malah, Ketua Menteri sebelum ini sudah mengumumkan untuk membesarkan Kampung Samariang Batu supaya penduduk terkesan dapat berpindah ke kawasan lebih tinggi,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori