Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Masjid, Surau Akan Dibuka...

KUALA LUMPUR - Pembukaan semula masjid dan surau bagi aktiviti agama akan dilakukan...

2.4 Hektar Parkir Kenderaan...

SADAO (Selatan Thailand) - Bagi kemudahan rakyat Malaysia untuk melancong ke Thailand, sebuah...

Lisa Surihani, Yusry Risau...

SEJAK dikhabarkan selamat menimang cahaya mata sulung, ramai peminat hiburan sudah tidak sabar-sabar...

Hari Raya Aidilfitri Disambut...

PETALING JAYA – Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia tahun ini...

Penerima Vaksin Pfizer, Astrazeneca Mula Ambil Dos Penggalak

BUTTERWORTH : Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Offsite di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini mula dikunjungi penerima vaksin jenis Pfizer dan Astrazeneca yang mahu mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19.

Ia berikutan selepas mereka mendengar pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung sela masa jenis vaksin terbabit yang dipendekkan kepada tiga bulan berbanding enam bulan sebelum ini.

Mohd Nizal Ismail, 48 yang mendapatkan suntikan kedua vaksin jenis Astrazeneca pada 6 September lalu, tidak melepaskan peluang apabila membawa isterinya, Rusmiza Ishak, 48 dan anak perempuannya, Nur Faatihah, 21 bagi mendapatkan suntikan dos penggalak.

Katanya, sebaik mendengar pengumuman semalam dia terus datang secara jumpa terus hari ini dengan membawa isteri serta anaknya.

“Saya memang nak sangat dapatkan dos penggalak kerana saya mahu menunaikan umrah pada 15 Januari ini yang mana saya bimbang jika secara tiba-tiba Arab Saudi hanya benarkan jemaah yang mendapatkan dos penggalak sahaja.

“Walaupun tahu penerima Astrazeneca dan Pfizer diterima tetapi apa salahnya saya bersedia, tambahan pula sekarang datang varian Omicron yang kebanyakan dari sana (Arab Saudi) yang pastinya dos penggalak amat diperlukan sebagai perlindungan tambahan,” katanya.

Foo Kean Loon, 41, pula berkata beliau mahu segera mendapatkan suntikan dos penggalak kerana banyak terbang ke luar negara bagi urusan kerja.

“Saya mendapatkan suntikan dos kedua vaksin Pfizer pada 4 September lalu dan memang nak sangat dapatkan dos penggalak memandangkan kerja saya yang kerap ke luar negara.


“Ada negara sekarang hanya buka kepada individu yang mendapatkan suntikan dos penggalak dan itu menyebabkan saya perlu bersedia,” katanya.

Juruteknik swasta, Mohd Adzam Ahmad,41, berkata dia yang menerima suntikan kedua Pfizer pada 23 Ogos lalu teruja selepas mendapat tahu mengenai sela masa vaksin Pfizer dan Astrazeneca dipendekkan kepada tiga bulan.

“Ini kerana saya nak sangat dapatkan dos penggalak selepas kedatangan varian Omicron yang membimbangkan.

“Biarlah orang kata apa sekali pun mengenai dos penggalak tetapi saya tidak percaya pada khabar angin kerana pada masa ini lebih baik ikhtiar demi keselamatan keluarga saya,” katanya.

Semalam, KKM memutuskan sela masa baharu bagi pemberian dos penggalak kepada penerima vaksin Pfizer dan Astrazeneca ditetapkan tiga bulan selepas menerima dos kedua.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan berkata, pihaknya menjangkakan sebahagian penduduk akan mula menerima dos penggalak masing-masing pada Januari dan Februari ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori