Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Malaysia Raih Emas Pertama...

KUALA LUMPUR – Penerjun sensasi negara, Nur Dhabitah Sabri menepati ramalan apabila memenangi...

Tomok Belum Berhasrat Buka...

SEAKAN menjadi satu kemestian buat artis mewujudkan laman sosial Instagram untuk anak mereka.Tujuannya...

‘Kerjakan Dia’ Papar Realiti...

SEBELUM ini stesen televisyen tempatan sering kali memaparkan program realiti berbentuk hiburan nyanyian...

Bapa Maut Anak Parah...

DUNGUN - Seorang bapa maut manakala anaknya cedera parah selepas kereta yang mereka...

Penganggur Didakwa Bunuh Warga Emas

KLANG: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas di Pelabuhan Klang dekat sini, minggu lepas.

Muhammad Shahrul Shamsudin, 33, hanya berdiam diri selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret P. Sarulatha dan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Muhammad Shahrul didakwa membunuh Mohd Sani Abdullah, 69, pada 12.38 tengah hari pada 10 Dis lepas di hadapan sebuah rumah di Kampung Idaman, Pelabuhan Klang, dekat sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam K. Nathiya meminta Muhammad Shahrul dirujuk ke hospital kerana keluarga tertuduh mendakwa lelaki itu mempunyai masalah psikiatri namun tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital.


Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Jan 2022 untuk sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh dirujuk ke hospital psikiatri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur’ain Madihah Zulkifli.

Pada 10 Dis, media melaporkan polis menahan dua lelaki berusia 33 tahun dalam tempoh kurang empat jam selepas disyaki membunuh seorang kontraktor di Kampung Idaman, Pelabuhan Klang, dekat sini.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori