Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KKM Ambil Sampel Tepung...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil sampel tepung gandum yang didakwa...

Lans Koperal, 4 Rakan...

KUALA LUMPUR - Kes kehilangan dua kereta milik pegawai polis yang diparkir di...

Remaja Cedera Terkena Tembakan...

PADAH cuba melarikan diri dan merempuh polis, remaja lelaki berusia 15 tahun cedera...

Lelaki Bersolat Di Tepi...

Manchester - Pengguna lebuhraya di sebuah laluan yang sibuk di M60 berhampiran Ashton...

Pengorbanan Masa Dan Keringat Skuad AADK Bantu Mangsa Banjir

SUSULAN kejadian banjir kilat di beberapa negeri termasuk Selangor sejak Jumaat lalu, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menerusi Skuad Antidadah turun padang melaksanakan misi bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir.

Bantuan itu dilaksanakan secara sukarela oleh Skuad Antidadah yang disertai oleh 53 orang termasuk pegawai AADK.

Menurut Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon, usaha itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) AADK untuk membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban yang dihadapi mangsa banjir.

“Selain komited dalam usaha membanteras penyalahgunaan dan penagihan dadah di negara ini, sukarelawan Skuad Antidadah juga prihatin terhadap masyarakat dan peka kepada isu semasa bencana yang berlaku khususnya di sekitar Selangor yang terlibat dalam kejadian banjir kilat.

Atas dasar CSR, AADK menggerakkan Skuad Antidadah Daerah Kuala Selangor, Skuad Antidadah Daerah Hulu Langat, Skuad Antidadah Daerah Sepang dan Skuad Antidadah Daerah Ampang ke beberapa lokasi bagi menghulurkan bantuan,” katanya di sini pada Selasa.

Tuan Sutekno menambah, operasi turun padang berkenaan melibatkan kawasan Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam; Batu 14 dan Sungai Lui di Hulu Langat serta Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sepang.


Dalam misi bantuan tersebut, jelas Tuan Sutekno, Skuad Antidadah bersama jabatan dan agensi penguatkuasaan, berganding bahu menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa terperangkap menggunakan bot penyelamat termasuk mengagihkan makanan, barangan asas dan membersihkan rumah penduduk yang terjejas akibat banjir.

Ini termasuklah, menjalankan kerja-kerja sukarelawan menyediakan makanan di Pusat Penjaja Dengkil.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, pasukan AADK Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kelab Rekreasi dan Sosial AADK WP juga mengambil inisiatif turun padang membersihkan kediaman rakan setugas yang terjejas banjir kilat di Taman Nanding, Hulu Langat, Selangor pada Isnin lalu.

Pihak AADK dengan kerjasama Skuad Antidadah sentiasa komited membantu dan memastikan kesejahteraan masyarakat dalam apa jua bentuk kecemasan dan bencana yang berlaku.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori