Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

MINYAK: Mana Suara Syukur...

Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan analogi bila harga kangkung turun, kenapa...

PBB, OIC Digesa Hantar...

ALOR SETAR - Persatuan Rohingya Cawangan Kedah mendesak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan...

Jentera BN Permatang Pauh...

BUKIT MERTAJAM - Jentera Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang...

Yuran Universiti Awam Naik...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini menafikan bahawa kadar yuran universiti...

Penjawat Awam Perlu Pakai Batik Malaysia Setiap Khamis

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling perkhidmatan berhubung dasar pemakaian pakaian batik Malaysia bagi pegawai perkhidmatan awam Persekutuan berkuat kuasa hari ini.

Ia susulan pengisytiharan Hari Batik Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu pada 3 Disember yang akan disambut setiap tahun.

Menerusi pekeliling itu yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman, beliau berkata, semua pegawai adalah digalakkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis.

“Ketetapan baharu ini meminda kehendak pemakaian pakaian batik Malaysia menurut perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 mengenai Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi.

“Pemakaian pakaian batik Malaysia juga adalah digalakkan bagi pegawai yang menghadiri majlis rasmi di dalam atau di luar negara seperti persidangan antarabangsa atau perjumpaan dengan pelawat asing,” katanya.

Menurut Mohd. Khairul Adib, ketetapan pemakaian pakaian batik Malaysia itu tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi yang ditetapkan kod pakaian tertentu.


Kata beliau, dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 mengenai Pemakaian Pakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis adalah dibatalkan.

Beliau memaklumkan, pemakaian pakaian batik Malaysia merupakan suatu identiti yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

“Bagi menyokong pembangunan dan memartabatkan batik Malaysia, kerajaan menghendaki agar pegawai memakai pakaian batik Malaysia mengikut ketetapan tertentu sejak tahun 1985.

“Pemakaian pakaian batik Malaysia dalam kalangan pegawai perlu diberi perhatian bagi memastikan batik yang dipakai merupakan batik Malaysia,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori