Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh...

KUALA LUMPUR - Kadar penyertaan tenaga buruh Malaysia pada bulan Ogos 2017 meningkat...

Penyelewengan LPG: Kerajaan Kerugian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM10.5 juta akibat kes penyelewengan gas...

Akibat Tekanan Cuaca Panas,...

LONDON - Isu pemanasan global bukan sahaja memberi kesan kepada perubahan cuaca sejagat...

Neelofa Sumbang Barang Keperluan...

KUALA LUMPUR - Pengacara dan pelakon, Neelofa mengambil inisiatif membantu 10 keluarga yang...

Perdana Menteri Sertai Solat Hajat Ambang Tahun Baharu

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyertai ratusan umat Islam untuk Solat Hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022 yang berlangsung di Masjid Putra, di sini hari ini.

Ia diadakan sempena menyambut kedatangan tahun baharu selain sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan mangsa banjir yang melanda beberapa negeri.

Acara itu merupakan anjuran bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Majlis dimulakan dengan solat fardu Maghrib yang diimamkan Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghazali, diikuti solat sunat hajat dan bacaan zikir yang diketuai Ustaz Munif Ahmad.

Ia diakhiri dengan bacaan doa, bermunajat dan memohon kepada Allah SWT agar menghindarkan negara daripada ancaman wabak, bencana dan sekaligus membawa kepada pemulihan ekonomi.


Turut berlangsung serentak ialah Program Selangor Memohon Kesejahteraan dan Keberkatan Menjelang 2022 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, yang dihadiri Menteri Besar, Amirudin Shari dan
Semalam, perdana menteri mengumumkan membatalkan sambutan tahun baharu dan digantikan dengan solat hajat dan doa selamat.

“Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan dan Malaysia akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini, ” katanya.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori