Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Fitnah Terowong P.Pinang: Azeez...

TANGKIS... Akibat ketandusan isu baharu bagi dijadikan bahan politik, jentera maya pembangkang terpaksa...

Budak Potong Jari Kerana...

GARA-GARA ketagih bermain telefon pintar, seorang budak lelaki berusia 11 tahun mengambil tindakan nekad...

Kazim Elias: Mengapa Hudud...

PERDEBATAN mengenai hukuman hudud memang sudah lama dibahaskan baik daripada kalangan pemimpin mahu...

Penyokong PH Buat Kecoh...

PUTRAJAYA - Keengganan ribuan penyokong Pakatan Harapan yang membanjiri Persiaran Perdana, di sini,...

Perlu Ada ‘Political Will’, Benarkan i-Citra: Ahmad Zahid

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar kerajaan mempunyai ‘political will’ atau kehendak politik dengan membenarkan lanjutan skim i-Citra kepada rakyat.

Beliau berkata, ini kerana rakyat yang baru sahaja terjejas akibat banjir, tanah runtuh mahupun yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlukan wang untuk perbaiki keadaan mereka.

Menurutnya, kabinet juga perlu teliti dengan lebih mendalam terhadap nasihat yang diberikan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kita harap masih ada ruang buat kerajaan membenarkan lanjutan skim i-Citra. Jangan ditutup sepenuhnya. Dengari rintihan rakyat. Rakyat yang menjadi mangsa banjir, ditimpa bencana tanah runtuh, masih dalam kesempitan kesan darurat dan PKP separuh masak yang lepas.

“Jika Menteri Kewangan memberi nasihat sebaliknya kepada kerajaan, kabinet telitilah dengan mendalam terlebih dahulu. Perlu ada ‘political will’ kerana rakyat yang baru terjejas atau sekian lama terkesan perlukan wang untuk perbaiki keadaan mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Ahmad Zahid berkata, sebelum ini Tengku Zafrul turut memberikan pelbagai alasan untuk tidak membenarkan pengeluaran KWSP, namun terbukti ia boleh dilakukan selepas desakan demi desakan dilakukan.

Tambah beliau, berdasarkan respon di media sosial, rakyat lebih memilih untuk menggunakan dana sendiri berbanding membuat pinjaman.


“Mereka tidak bersedia untuk berhutang apatah lagi dengan menambah hutang. Sebahagiannya susah dan tidak mampu membayar hutang yang sudah sedia ada.

“Tempoh enam bulan atau setahun penangguhan bayaran balik tetap bermakna mereka sudah menambahkan lagi bebanan hutang. Tidak ubah seperti gali lubang tutup lubang. Pinjam wang bayar hutang.

“Sebahagian rakyat mahukan penambahan skim i-Citra adalah bagi mengurangkan bebanan hutang. Justeru jangan disulitkan keperluan rakyat kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan,” katanya.

Namun begitu, katanya, jika sudah tiada pilihan lain, rakyat terpaksa untuk membuat pilihan menambah hutang mereka dengan membuat pinjaman.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori