Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ubat COVID-19 Tanpa Vaksin...

PUTRAJAYA - Ubat yang didakwa mampu memulihkan pesakit COVID-19 tanpa menggunakan vaksin yang...

Loji Rawatan Air RM110...

PARIT BUNTAR - Sebuah loji rawatan air berharga RM110 juta akan dibina di...

Sri Lanka Isytihar Darurat

COLOMBO: Presiden Sri Lanka mengisytiharkan darurat semalam, dengan memberikan kuasa menyeluruh kepada pasukan...

Skim Projek Perumahan Boy...

SKIM perumahan DBI Properties yang dimiliki oleh bekas pelakon, Boy Iman sebenarnya tidak...

Perlukan 14,000 Penderma Setiap Bulan

SHAH ALAM – Negara memerlukan sekurang-kurangnya 14,000 penderma darah setiap bulan bagi menampung keperluan bekalan sebanyak 6,300 liter darah di hospital.

Yang Dipertua Pertubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia (PerDarah Malaysia), Firdaus Petrus Abdullah berkata, jumlah tersebut hanya boleh dicapai sekiranya kempen derma darah dilaksanakan setiap empat kali seminggu di setiap daerah di seluruh negara.

Menurutnya, kempen darah darah ketika ini berdepan beberapa kekangan dan prosedur operasi standard (SOP) tertentu selain kebimbangan orang ramai terhadap penularan Covid-19.

“Sebelum pandemik kita buat setiap hari, cuma sekarang ini agak kurang dan ramai yang takut keluar akibat Covid-19.

“Contohnya di Sabah, dari Disember 2020 sehingga sekarang, persatuan kita hanya dapat menganjurkan 34 kali kempen derma darah dan sepanjang pemerhatian kami, darah A dan B paling susah nak dapat.

“Bekalan darah negara ketika ini semakin berkurangan berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak 31 Mei sehingga 25 Julai lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

Firdaus berkata, terdapat segelintir masyarakat yang percaya terhadap mitos mengenai derma darah sehingga menyebabkan mereka takut untuk menunaikan tanggungjawab itu.


Tambahnya, pembatalan kempen secara bergerak oleh penganjur atas faktor tidak dapat dielakkan turut menjejaskan kutipan bekalan darah namun banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang mempergiatkan usaha tersebut.

“Kempen menderma darah bukan sahaja melibatkan usaha NGO sahaja tetapi pihak kerajaan, swasta dan individu perlu memainkan peranan dengan memastikan bekalan darah ini sentiasa cukup.

“Mereka juga seharusnya sentiasa mempergiatkan kerjasama bagi menganjurkan program kempen derma darah sekurang-kurangnya dua bulan sekali.

“Bayangkan kalau saudara mara sendiri yang memerlukan bantuan darah tersebut, di mana hendak cari darah? Kalau bukan kita sendiri yang hendak derma darah maka hebahkanlah kepada saudara, kawan atau jiran tetangga yang lain,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori