Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

26 Mac Cuti Umum...

JOHOR BAHRU : Kerajaan Johor mengisytiharkan 26 Mac sebagai Hari Kelepasan Am.Ikuti Mynewshub: TelegramSetiausaha...

Marathon Perlis 2016 Berjaya...

KANGAR - Usaha memperkasa pelancongan sukan melalui penganjuran Marathon Perlis 2016 menepati matlamat...

Wak Doyok Bertunang Dengan...

SELEBRITI fesyen popular, Wak Doyok dilaporkan sudah bertunang dengan bekas isteri Sultan Brunei,...

Jangan Gadai Kedaulatan, Kebebasan...

PUTRAJAYA -  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat...

Persepsi PEKIDA Sebagai Kongsi Gelap Melayu Perlu Dihakis

KUALA LUMPUR: Persepsi negatif masyarakat yang menganggap Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) sebagai sebuah ‘kongsi gelap Melayu’ perlu dihakis dengan penganjuran lebih banyak aktiviti kemasyarakatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagi memastikan imej pertubuhan itu lebih menonjol dalam masyarakat.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab kepemimpinan untuk membersihkan elemen negatif sekiranya terdapat ahli yang cuba menyuntik dan mencambahkan perkara itu agar imej PEKIDA tidak lagi tercemar.

Katanya, bak kata pepatah, dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk, apatah lagi dalam menguruskan keahlian yang begitu ramai.

“Melalui aktiviti kemasyarakatan ini juga, PEKIDA sudah tentu mampu berperanan sebagai pengukuh perpaduan dalam Keluarga Malaysia. Bak kata pepatah, kukuhnya pokok kerana akar, begitulah juga sesebuah pertubuhan, akan lebih kuat sekiranya seluruh ahli bersepakat dan bersatu padu ibarat sebuah keluarga.

“Saya juga percaya, dengan prinsip ‘amar maaruf nahi mungkar’ yang menjadi pegangan pertubuhan ini, menjadi kewajipan kepada PEKIDA untuk mengajak bukan sahaja ahli, malah seluruh Keluarga Malaysia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Ini kerana PEKIDA sentiasa menjadi perhatian masyarakat kerana membawa imej Islam. Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Junjunglah konsep ‘amar makruf nahi mungkar’ itu demi agama dan negara,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan PEKIDA ke-25, hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau secara peribadi mengikuti perkembangan dan peranan PEKIDA bagi memperkasakan orang Melayu di negara ini dan kekuatan jemaah yang mencakupi hampir semua daerah di seluruh negara menzahirkan ia sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam terbesar dengan peranan utama untuk menyatupadukan orang Melayu.

“PEKIDA ditubuhkan bertunjangkan kepada penyatuan ummah melalui semangat persaudaraan dalam sebuah keluarga yang besar.

“Saya percaya PEKIDA mampu mengiltizamkan kembali peranan khidmat komuniti serta mengaktifkan kembali aktiviti kejiranan seperti kenduri dan program berteraskan semangat kekeluargaan dalam kejiranan, sebagai usaha merapatkan ukhuwah silaturrahim dalam kalangan ahli dan masyarakat.


“Ini selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang saya cetuskan pada ucapan sulung ketika dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 22 Ogos lalu, yang berteraskan tiga nilai utama iaitu inklusiviti, kebersamaan dan kesyukuran, yang akan memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum, bangsa mahupun agama.

“Istilah keluarga bukan sahaja satu konsep yang mudah difahami oleh segenap golongan dan kelompok masyarakat, malah sangat dekat di hati rakyat,” katanya.

Beliau berkata, ahli jemaah PEKIDA sebenarnya, turut membantu dalam perkembangan rantaian ekonomi negara sebenarnya melalui aktiviti jualan runcit, mewujudkan koperasi serta beberapa cabang keusahawanan yang lain.

“Dalam suasana pandemik COVID-19 ini, saya mengajak PEKIDA untuk terus membantu kerajaan merancakkan kembali ekonomi negara melalui rangkaian ‘business circle’ yang dimiliki dalam jemaah.

Ismail Sabri berkata, kepakaran yang ada dalam jemaah untuk membantu ahli khususnya menarik golongan muda dalam meningkatkan kemahiran diri yang bersesuaian dengan keperluan teknologi terkini seperti ekonomi digital yang begitu penting hari ini, khususnya ketika era pandemik.

“Melalui keahlian lebih 350,000 orang seluruh negara, aktiviti keusahawanan dan perniagaan dalam kalangan ahli ini juga menjadi satu kelebihan kerana dapat membekalkan produk yang dihasilkan secara terus kepada pelanggan tanpa melibatkan orang tengah,” katanya.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri turut menyampaikan salam takziah di atas pemergian sahabatnya yang juga Presiden PEKIDA, Allahyarham Datuk Ramli Norani, malah menyatakan ia kehilangan besar kepada keluarga serta sahabat handai ahli berbaiah di negara ini.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori