Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dekati Golongan Muda Jelas...

MUAR - Menangkis fitnah dan berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab di media...

Manifesto BN: Pisahkan Fungsi...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) bercadang menghapuskan konflik kepentingan melalui pelaksanaan pemisahan...

Jangan Guna Ubat Tradisional...

PUTRAJAYA-- Orang ramai dinasihati agar tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional dari Arab...

Gomez Tak Bimbang JDT...

KUALA LUMPUR - "Tahun lepas kita kalah dua perlawanan persahabatan dan kemudian kami...

Persidangan Pertama DUN Melaka Ke-15 Ditetapkan 27 Disember

MELAKA: Kerajaan negeri menetapkan Persidangan Pertama (Khas) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 akan diadakan selama empat hari, bermula 27 hingga 30 Dis ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata persidangan DUN akan berlangsung pada 9.30 pagi hingga 1 tengah hari sahaja sepanjang tempoh tersebut, sebagai mematuhi peraturan ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) serta syarat-syarat dikenakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Persidangan ini adalah Persidangan Pertama (Khas) yang telah dijadualkan setelah pembentukan Kerajaan Negeri baharu pada 20 Nov lepas.

“Antara agenda persidangan tersebut adalah pembentangan Bajet 2022 Negeri Melaka, pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker DUN serta angkat sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 8 Dis lepas memutuskan Ahli MMKN menyediakan Sasaran Kerangka Kerja (SKK) untuk portfolio masing-masing, sama seperti kakitangan awam yang perlu menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT).

Katanya, SKK itu perlu mengambil kira aku janji dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


“SKK itu juga perlu mengambil kira tempoh iaitu 100 hari, satu tahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun dan lima tahun selain perancangan baharu yang mahu dilaksanakan, mengikut portfolio masing masing,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan Negeri juga memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Kad Laporan kepada semua Ahli MMKN yang mana prestasi mereka akan dinilai berdasarkan KPI dan Kad Laporan tersebut.

Kata Sulaiman, Ahli MMKN juga diminta membentangkan pencapaian semasa SKK, KPI dan Kad Laporan bagi portfolio masing-masing pada minggu pertama setiap bulan.

“Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Pemantauan Manifesto yang akan bertanggungjawab memantau pelaksanaan aku janji dan inti pati manifesto oleh semua Ahli MMKN,” katanya.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori