Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Skuasy: Nicol Gagal Ke...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David terlepas peluang untuk merampas...

Tuduh Sofi Mengurat Isteri,...

SEBELUM ini kecoh di media sosial apabila seorang lelaki menuduh pelakon Sofi Jikan...

Rayuan Akhir Kes SRC:...

PUTRAJAYA : Peguam utama Datuk Najib Seri Razak, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu...

Wajah Baharu Web BN...

KUALA LUMPUR – Laman sesawang berwajah baharu Barisan Nasional (BN) www.barisannasional.org.my yang dilancarkan...

Petrol RON97 Turun Lagi 3 Sen

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 8 Disember ini.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON97 turun 3 sen kepada harga RM3.02 seliter berbanding RM3.05 minggu lalu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.


Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-Utusan Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • RON97

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori