Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sikap Romantik Amir Raja...

RUPA-RUPANYA ramai juga selebriti yang mengambil kesempatan cuti persekolahan yang panjang untuk mendirikan...

Netizen Perlekeh Bakat, Nita...

AJAL maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Kita sebagai manusia biasa...

‘Telefon Bimbit Kuno’ Cetus...

Vienna - Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar...

Pencipta Kod Bar Meninggal...

MIAMI - Jurutera komputer, George J Laurer yang juga pencipta bersama kod bar...

Polis Panggil 7 Individu Dirakam Percakapan

TANJUNG MALIM: Polis sudah memanggil tujuh individu untuk dirakam percakapan berhubung perarakan pengebumian guna helikopter di Little India di Ipoh, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata yang dipanggil adalah pengurus mayat, waris, juruterbang, pengurus syarikat acara, pemilik helikopter, wakil Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan pemilik kuda.

Selepas siasatan kes selesai, polis akan merujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan peguam negara.

“Polis juga sudah mengenal pasti jenis kesalahan yang dilakukan semasa perarakan terbabit tetapi bergantung kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya. Perarakan terbabit tidak dimaklumkan kepada polis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Perlantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2021 di Dewan SITCKampus Sultan Abdul Jalil Shah, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Cancelor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff; Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Perak, Datuk Anuar Othman dan Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman.


Pada majlis berkenaan seramai 65 penuntut UPSI menerima Sijil Perlantikan Pegawai ( SUKSIS).

Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash berkata, difahamkan keputusan mengupah syarikat helikopter menabur bunga dari udara dibuat oleh waris secara mengejut.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan perarakan pengebumian yang menggunakan helikopter yang terbang rendah di Little India, disahkan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori