Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Wan Hashim Lakar Sejarah...

KOTA BHARU - Selepas 49 hari berkayuh merentasi lima negara, Wan Hashim Wan...

Rumah Transit Mangsa Banjir...

KOTA BAHARU - Kerajaan persekutuan akan menaik taraf lebih 500 buah rumah transit...

Alamak! Game Bosan Sampai...

ALAHAI bang oih... Sampai tertidur ya tengok bola kat Stadium Shah Alam tu?...

Bicara Kes Kematian Menantu...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes pusat pakar pergigian Imperial Dental Specialist Centre Sdn....

Presiden Somalia Gantung Tugas Perdana Menteri

MOGADISHU: Presiden Somalia, Mohamed Abdullahi Mohamed, hari ini menggantung tugas Perdana Menteri atas dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tanah awam, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Dimaklumkan bahawa Perdana Menteri (Mohamed Hussein Roble) telah melantik Menteri Pertahanan baharu pada 26 Disember 2021, tanpa melengkapkan siasatan terhadap campur tangan dalam kes rasuah membabitkan tanah awam.

“Oleh itu, tugas dan kuasa Perdana Menteri digantung sementara menunggu hasil siasatan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan presiden Somalia.

Mohamed turut mengarahkan penggantungan tugas komander tentera lautnya yang sebelum ini menuduh perdana menteri melakukan rampasan dan penyalahgunaan tanah awam.

Krisis politik negara itu semakin meruncing dan pertelingkahan turut berlaku antara perdana menteri dan presiden negara itu semalam.


Mohamed menuduh perdana menterinya gagal melaksanakan tugas memimpin negara melalui pilihan raya seperti diamanahkan.

Manakala, Roble mendakwa Mohamed dengan sengaja mengganggu kelancaran pilihan raya umum yang sedang berlangsung.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori