Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ditahan Miliki 53 Pil...

KUALA LUMPUR - Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) meluahkan rasa terperanjat pihak...

Polis Ambil Masa 3...

KUALA LUMPUR - Polis telah merekod keterangan Naib Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal...

Pak Lah Seru Anggota...

KUALA LUMPUR - Tun Abdullah Ahmad Badawi menyeru anggota UMNO supaya terus bersatu...

Jangan Main Golf Dengan...

PUTRAJAYA - Penjawat awam tidak dihalang untuk bermain golf atau menyertai aktiviti sukan...

PRN Sarawak: Dua Datuk Bertembung Di DUN N.8 Satok

KUCHING : Dua ‘datuk’ bersaing untuk kerusi Dewan Undangan Negeri N.8 Satok, kerusi yang sebelum ini disandang Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menurunkan tokoh korporat, yang juga Timbalan Ketua Cawangan PBB, Datuk Ibrahim Baki.

Ibrahim Baki, 62, yang juga seorang pengamal undang-undang, merupakan Timbalan Setiausaha Agung parti PBB selain dilantik Ahli Lembaga Pengarah Petronas mewakili Kerajaan Sarawak.

Beliau akan ditentang calon Parti Keadilan Rakyat, yang bertanding untuk blok Pakatan Harapan Datuk Ir Nor Irwan Ahmat Nor.

Nor Irwan, 45, merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Sarjana Kejuruteraan (Pengurusan Kejuruteraan) dan Doktor Falsafah Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Beliau juga pernah menjadi pensyarah sebelum terlibat dalam perniagaan.


Turut menghantar borang pencalonan ialah Naib Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Awang Badele Awang Ali.

Badele, 62, merupakan pesara kastam dan lulusan komunikasi dari Universiti Putra Malaysia.

Beliau juga merupakan bekas Presiden Kesatuan Pegawai Kastam untuk 15 tahun.

Pada tahun 2016, DUN N.8 Satok dimenangi Abang Johari (BN-PBB) yang mengutip 8,547 undi, manakala lawannya, Mohamed Salleh Shawkatali dari PKR sekadar membawa pulang 1,809 undi.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori