Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kebimbangan Nasib Suami Jadi...

CAMERON HIGHLANDS - Isteri kepada mangsa kejadian tanah runtuh di Lembah Bertam di...

Bersedialah Hadapi Juara 32...

KUALA LUMPUR - Kedah bersedialah untuk berhadapan dengan pasukan yang memegang rekod 32...

“Najib Tak Bawa Pakaian...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf menafikan berlaku campur tangan Pejabat Perdana...

Aktivis LGBT Gesa Siasat...

PERTAHAN... Ketika ramai netizen tempatan kutuk tindakan pasangan lelaki bogel puas 'berjimak' dalam...

PRN Sarawak: Pertembungan Empat Penjuru Di Batu Kitang, Batu Kawah

KUCHING : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak pada 18 Disember ini.

Pertandingan itu melibatkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Dr Kelvin Yii Lee Wuen (DAP), Fong Pau Teck (ASPIRASI) dan Chai Kueh Khun (PBK).

Perkara itu diumumkan Pegawai Pilihan Raya DUN Batu Kawah, Ita Ling selepas proses penamaan calon di Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di sini pada Isnin.

“Selepas menilai dan semakan dibuat terhadap kertas penamaan calon yang dihantar, tiada penolakan dibuat melibatkan calon-calon,” katanya.

Sementara itu, di lokasi sama, DUN Batu Kitang juga melibatkan pertandingan empat penjuru.


Ia bakal menyaksikan perebutan antara Lo Khere Chiang (GPS), Abdul Aziz Isa (DAP), Wong Tun Teck (PBK) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) iaitu Liu Thian Leong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 14 Disember sebagai hari pengundian awal dan 18 Disember hari mengundi.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori