Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sultan Selangor Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat...

Syabas Adakan Operasi Bil...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menasihati orang ramai supaya...

BN Kemuka Usul Khas...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengemukakan usul khas pada persidangan...

Inilah Rahsia Muslim AS...

WASHINGTON DC - Kemenangan besar Donald Trump dalam pilihan raya presiden pada Selasa...

PRN Sarawak: Pertembungan Lima Penjuru Berulang Di Bawang Assan

SIBU : Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Bawang Assan mengulang kembali sejarah pertembungan lima penjuru dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak, 18 Disember depan.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi DUN N.53 Bawang Assan, Suhaili Mohammed mengesahkan senarai calon tersebut dalam satu pengumuman pada jam 10.30 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Suarah.

Jelas Suhaili, setelah diteliti setiap borang pencalonan yang diserahkan kepadanya, kesemua kelima-lima calon tidak mempunyai sebarang masalah dan pencalonan mereka meyakinkan pihak SPR.

“Dan seteleh selesai disemak borang pencalonan bagi kesemua calon, saya telah berpuas hati dan tiada seorang pun calon yang ditolak kertas penamaannya, dengan ini saya megumumkan calon yang disahkan bertanding di kawasan DUN N.53 Bawang Assan.

“Maka hari mengundi awal akan dilaksanakan pada 14 Disember, hari mengundi 18 Disember, sementara pusat pengundi akan dimaklumkan melalui notis SPR yang akan dipamerkan di pusat-pusat mengundi yang ditetapkan,” katanya dalam pengumuman tersebut.


Calon yang telah disahkan mengikut nombor giliran ialah calon pertama, Robert Lau Hui Yew (SUPP), Michelle Ling Shyan Mih (PBK), Datuk Seri Wong Soon Koh (PSB), Amy Lau Bik Yeing (DAP) dan Ricky Enteri (BEBAS).

Pada PRN11 Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN), menangi kerusi DUN Bawang Assan dengan majoriti 4,131 undi setelah menewaskan empat pencabar dalam pertandingan lima penjuru.

Pengerusi PSB, Soon Koh, 79 tahun yang juga calon tertua dalam pilihan raya kali ini telah memegangi kawasan DUN Bawang Assan selama enam penggal dan setia meneruskan perjuangannya sejak tahun 1991.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori