Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

LHDNM Lindungi Kerahsiaan Pemberi...

Whistleblower dalam bahasa Melayu bererti pemberi maklumat. Menjadi Whistleblower tidak memerlukan keupayaan seperti...

Aksi Sentimental Warga Emas...

SEPASANG suami isteri warga emas berasal dari China menjadi terkenal setelah foto-foto mereka...

Tuah Nama ‘Polisi’ Nyaris...

JAKARTA - Seorang pekerja binaan di Indonesia menjadi tular setelah mendapat kerja di...

Anggota JPAM Dilatih Guna...

IPOH - Pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diberi pendedahan...

PRN Sarawak: Saingan Empat Penjuru Di DUN Padungan

KUCHING : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan bakal menyaksikan saingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak kali ini.

Ia melibatkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Wee Hong Seng; calon DAP, Chong Chieng Jen; calon ASPIRASI, Lina Soo dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Raymond Thong.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Padungan, Theresa Korina Peter Legi pada pukul 10.10 pagi.

Raymond menjadi calon terawal tiba di Pusat Penamaan Calon kira-kira pukul 8.13 pagi bersama seorang penyokong dan pencadang.

Sementara Hong Seng tiba pada pukul 8.18 pagi, Lina 8.27 pagi manakala Chieng Jen pukul 8.29 pagi.

Pada PRN ke-11, DUN Padungan menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan Wong King Wei (DAP); Teo Kuang Kim (STAR) dan Pau Kiu Sung (Barisan Nasional).


King Wei menang dengan majoriti 4,270 menewaskan Kuang Kim dan Kiu Sung.

Bagi PRN12 kali ini, seramai 20,949 pengundi berdaftar di DUN Padungan.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN-12 Sarawak, manakala undi awal pada 14 Disember.

Sebanyak 82 pusat penamaan calon dan 82 pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan pada pilihan raya tersebut.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori