Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lagu ‘Demi Cinta’ Untuk...

KUALA KANGSAR - “Ayuh bangun, bersatu nawaitu, demi Kuale ku, mari berjuang panjatkan...

Sembilan Juta Lagi Penduduk...

BEIJING: China mengenakan perintah berkurung terhadap sembilan juta penduduk di bandar Shanyang yang...

Taktik Licik, ‘Curi’ Waktu...

GARA-GARA mahu berlagak kaya raya, seorang lelaki dari Hangzhou, China sanggup berulang kali...

Indonesia Berputih Mata Ke...

ALOR SETAR - Pasukan wanita Indonesia berputih mata untuk beraksi di pentas akhir...

Pura-Pura Minta Bantuan Bersama Anak, Samun Warga Emas

Kota Bharu : Taktik licik seorang wanita yang mendalangi jenayah samun membabitkan mangsa warga emas akhirnya tumpas apabila ditahan polis, awal pagi Sabtu lalu.

Suspek berusia 27 tahun ditahan menerusi Ops Cantas di sebuah rumah di Kampung Jenerak, Bachok, pada 3.15 pagi.

Modus operandi suspek yang bekerja sebagai tukang masak ialah dengan menyasarkan warga emas yang tinggal bersendirian selain menggunakan anak lelakinya berusia tiga tahun untuk meraih simpati.

Suspek dikatakan pada mulanya mendekati suspek untuk bertanyakan rumah atau meminta bantuan wang kononnya mahu membeli susu untuk anaknya sebelum meragut barang kemas mangsa.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima tiga laporan polis kes samun membabitkan mangsa warga emas berusia 80-an di sekitar Kota Bharu dipercayai didalangi wanita berkenaan.

Katanya, mengikut keterangan kesemua mangsa, ketika kejadian berlaku, warga emas berkenaan berseorangan di rumah masing-masing sebelum didatangi seorang wanita bersama anaknya menaiki motosikal.


“Suspek berpura-pura ingin meminta bantuan wang dari kesemua mangsa sebelum bertindak meragut barang kemas dipakai mangsa, lalu melarikan diri.

“Bertindak atas maklumat jenayah Ops Cantas, polis berjaya menahan suspek dan turut merampas sebuah motosikal Yamaha Ego S, satu rangkai anak kunci serta topi keledar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, suspek direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori