Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Buruh Paksa Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - Amalan buruh paksa bukan lagi isu di negara ini, berikutan...

Tahap Kesedaran Rasuah Meningkat...

KUALA LUMPUR - Tahap kesedaran tentang impak negatif rasuah dalam kalangan golongan muda...

“Kami Bermain Atas Padang...

JOHOR BAHRU - "Kita semua sedia maklum bahawa kami bermain di atas keadaan...

Bank Negara Sangkal Malaysia...

KUALA LUMPUR- Bank Negara Malaysia (BNM) menyangkal dakwaan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang...

Rina Nafi Dakwaan Pemilihan Penganjur Program WBB Atas Dasar Kroni

PUTRAJAYA : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan penganjuran program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) dan MyKasih Kapital yang sedang dilaksanakan kementerian menguntungkan syarikat penganjur program keusahawanan terkenal di Malaysia atas dasar ‘kroni’.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, dakwaan tersebut adalah palsu dan tidak benar kerana WBB merupakan satu kerjasama strategik antara kementerian dengan syarikat tersebut.

Menurut beliau, kerjasama berkenaan adalah tanpa kos manakala pemilihan syarikat itu sebagai rakan strategik berikutan kemampuan dan prestasi syarikat berkenaan terbukti dengan kejayaan melahirkan ribuan usahawan jutawan yang berjaya.

“Pada Oktober lalu, kementerian melancarkan kempen Wanita Bangkit yang mana pada masa sama syarikat tersebut akan melaksanakan siri kempen bangkit yang menyasarkan golongan wanita.

“Kerjasama strategik antara kementerian bersama syarikat swasta dilihat satu usaha signifikan kerana matlamat program adalah bagi membantu golongan wanita tempatan yang terjejas pendapatan ketika mengharungi pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk ciapan Twitter yang tular di beberapa platform media sosial berhubung program Wanita Bangkit Berniaga dan MyKasih Kapital yang sedang dilaksanakan kementerian dengan kerjasama syarikat keusahawanan terkenal atas dasar kroni.


Rina berkata, kementerian juga menafikan dakwaan pemilik akaun sama bahawa peserta diminta membeli sebuah buku semasa mengikuti program tersebut, sebaliknya peserta diberi pilihan sama ada ingin memuat turun Ebook secara percuma atau mendapatkan buku secara fizikal dan peserta hanya perlu menanggung kos penghantaran.

Katanya, program tiga hari secara dalam talian itu dianjurkan selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk mengekang jangkitan Covid-19 dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika negara sedang menuju era endemik.

“Antara pengisian program WBB adalah memberi peluang kepada peserta untuk meneroka peluang pendapatan melalui bidang perniagaan, pertukaran maklumat, membina jaringan komunikasi dan perkongsian kisah yang memberi inspirasi.

“Bagi menjayakan program WBB, kementerian juga melaksanakan kerjasama strategik dengan beberapa syarikat lain yang berpotensi dan mempunyai rekod pencapaian yang baik seperti Syukor Dagang Sdn. Bhd.; Leong Hup International Berhad; HEYHO Sdn. Bhd; DSAB Holdings Sdn. Bhd.; dan UniKL Resources Sdn. Bhd. bagi mengukuhkan lagi ‘networking’ peserta selepas mereka mengikuti program,” tegasnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori