Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Suri Rumah Dipenjara Kerana...

IPOH – Seorang suri rumah dipenjara enam bulan dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah...

Lelaki Paling Dikehendaki Ditembak...

TAWAU - Polis menembak mati seorang lelaki yang sangat dikehendaki kerana disyaki terlibat...

RTB Sungai Pinang Fasa...

PULAU PINANG - Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang Fasa 3 di...

Naib Presiden Parti Tempatan,...

KOTA KINABALU - Seorang pemimpin parti politik Sabah dan seorang ahli perniagaan direman...

Sekolah Agama Johor Buka 9 Januari, TAJ Kekal Operasi 2 Januari

JOHOR BAHRU : Sesi persekolahan bagi Sekolah Agama di seluruh negeri ini telah ditangguhkan ke 9 Januari 2022 berbanding ditetapkan pada 2 Januari sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, sesi persekolahan bagi Tadika Agama Johor (TAJ) bagaimanapun dibenarkan beroperasi pada Ahad ini.

“Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor bersetuju untuk menimbal guna tarikh baharu sesi persekolahan penggal ketiga bermula 9 Januari 2022 bersamaan 6 Jamadil Akhir 1443H.

“Ketetapan ini melibatkan semua institusi Pendidikan Islam Negeri Johor. Manakala bagi TAJ, pengoperasian dibenarkan bermula 2 Januari 2022 bersamaan 28 Jamadil Awal 1443H,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sesi persekolahan penggal ketiga yang ditetapkan bermula 2 Januari bagi sekolah Kumpulan A dan 3 Januari bagi Kumpulan B ditangguhkan selama seminggu berikutan banjir besar yang melanda beberapa negeri.


Ekoran itu, sesi persekolahan bagi sekolah Kumpulan A akan bermula pada 9 Januari, manakala Kumpulan B pula pada keesokan harinya.

Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan akan turut mengkaji kemungkinan penangguhan sekali lagi sesi persekolahan berkenaan kerana keadaan sekolah yang masih belum bersedia digunakan ekoran kerosakan teruk akibat banjir di negeri tertentu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori