Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Zambry Dilantik Setiausaha Agung...

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry...

Warga Emas Kerugian RM23,000...

KUANTAN - Seorang wanita warga emas kerugian RM23,000 yang disimpannya sejak 15 tahun...

Phelps Digantung 6 Bulan,...

NEW YORK - Perenang sensasi Amerika Syarikat (AS), Michael Phelps hari ini digantung...

Kelantan Akan Laksana Hudud...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah II (Hudud) di...

Sekolah Vernakular Tidak Bercanggah Perlembagaan Persekutuan

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah terbabit adalah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas menolak saman yang dikemukakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).

Ketiga-tiga pertubuhan itu memohon untuk mendapatkan perisytiharan bahawa seksyen 2,17 dan 28 dalam Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan penggunaan dua bahasa terbabit di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan peruntukan 152(1)(a) perlembagaan.

Mereka juga memohon perisytiharan kewujudan dan penubuhan sekolah terbabit bertentangan dengan perlembagaan.


Mohd Nazlan dalam penghakimannya berkata penggunaan bahasa lain selain Bahasa Malaysia tidak bertentangan dengan perlembagaan kerana sekolah venakular bukanlah satu badan statutori atau pihak berkuasa tempatan yang wajib menggunakan bahasa kebangsaan.

Katanya, sekolah vernakular juga dilindungi oleh perlembagaan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori