Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Aishah Nafi Tiada Pihak...

MINGGU kedua program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4) menyaksikan Ferhad menamatkan perjalanannya di pentas...

Sapura Energy Catat Kerugian...

KUALA LUMPUR - Sapura Energy Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM126.05 juta pada...

Hadi Dijangka Bentang RUU...

PETALING JAYA - Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965...

Ibu Bapa Perlu Budayakan...

KENINGAU - Ibu bapa perlu membudayakan etika dan peraturan sihat dalam penggunaan gajet...

Sokong UNCAC, Kit Siang Gesa Usul Lot 41

PETALING JAYA : Veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memperkenalkan usul berhubung pembelian sebidang tanah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tujuan pendanaan pelan rasionalisasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2017.

Beliau berkata, perkara itu harus dibuktikan bahawa ia selari dengan komitmen negara yang menyokong usaha Konvensyen Menentang Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC).

“Wan Junaidi berkata, Malaysia akan menyokong UNCAC dan telah menjalankan beberapa usaha yang membuktikan keseriusan yang diambil dalam perkara itu.

“Beliau berkata, komitmen itu terbukti melalui usaha kerajaan merampas sebahagian daripada aset yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam skandal 1MDB berjumlah RM5 bilion dan pelaksanaan AntiRancangan Rasuah (NACP) 2019-2023 melalui Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC).

“To walk the talk, saya menyeru Wan Junaidi untuk memperkenalkan usul di Dewan Rakyat pada Isnin untuk menerima laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mengesahkan syak wasangka bahawa dana BNM digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.

“Will Wan Junaidi walk the talk (Adakah Wan Junaidi akan mengambil tindakan yang selari dengan apa yang diperkatakan) ?,” soalnya dalam satu kenyataan di https://blog.limkitsiang.com/ hari ini.


Baru-baru ini, PAC mengesahkan syak wasangka bahawa perolehan tanah dengan butiran geran 18335, Lot 41, Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur (Tanah Lot 41) oleh BNM daripada Kerajaan Persekutuan pada harga RM2.07 bilion pada 2017 adalah bertujuan untuk membayar hutang 1MDB.

Pengerusinya, Wong Kah Woh dalam satu kenyataan berkata, harga yang dibayar BNM untuk tanah seluas 55.8 ekar itu adalah lebih tinggi iaitu RM2.07 bilion berbanding penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sebanyak RM1.42 bilion.

“Hasil jualan tersebut telah digunakan untuk tujuan pembayaran di bawah pelan rasionalisasi 1MDB pada 31 Disember 2017,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori