Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Syahrini Buat Rawatan Sedut...

MENJAGA penampilan dan sering tampil menarik menjadi salah satu aspek yang perlu diberi...

Pecat Jika Ahli Keluar...

SHAH ALAM - Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Kiong hari ini menggesa supaya...

Sam Bunkface Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam yang telah selamat bergelar suami kepada...

Power Rangers Mengaku Bunuh...

LOS ANGELES - Pelakon Ricardo Medina, yang terkenal dengan wataknya dalam rancangan siri...

Sorok 2,000 Biji Pil Kuda, 10kg Syabu Atas Siling Tandas

KOTA BHARU: Polis Kelantan menemui 12,000 biji pil kuda dan dua bungkus ketulan kristal disyaki syabu seberat 10 kilogram (kg), yang disembunyikan di atas siling tandas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Rantau Baru, Gual Nering, Rantau Panjang, petang kelmarin.

Susulan itu, sepasang suami isteri berusia 30 tahun dan 23 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata polis menemui satu bungkusan plastik yang mengandungi 4,000 biji dadah, disyaki pil kuda setelah memeriksa beg silang yang dipakai suspek lelaki berkenaan ketika ditahan Rabu lalu di tepi jalan, di pekan Pasir Mas.

“Penahanan itu membawa pihak berkuasa ke rumah sewanya, yang didiami bersama isteri serta bayi lelaki berusia enam bulan. Pemeriksaan lanjut di atas siling bilik air menemui satu kotak kertas berwarna coklat.

“Di dalamnya terdapat dua bungkusan kertas kekuningan yang berisi 30 plastik warna biru mengandungi 12,000 pil kuda,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Turut ditemui 10 bungkusan plastik mengandungi ketulan mampat kristal, disyaki syabu seberat 10 kilogram.

Beliau berkata, jumlah rampasan pil kuda adalah sebanyak 16,000 biji dan nilai keseluruhan dadah dirampas dianggarkan RM520,000.


“Kami turut membuat sitaan terhadap sebuah kereta Perodua Myvi, Honda City, motosikal jenis Yamaha 125Z dan Yamaha NVX, satu rantai leher, dua rantai tangan, dua cincin, sebentuk loket serta wang tunai berjumlah RM61,758,” katanya.

Muhamad Zaki percaya suspek terbabit dengan sindiket pengedaran dadah berdasarkan lokasi menyimpan bahan terlarang itu di atas siling ,yang seakan sudah biasa disorok di bahagian itu.

Katanya, hasil soal siasat mendapati dadah itu diambil daripada pengedar di Thailand dengan sasaran pasarannya sekitar Kelantan.

“Ujian saringan mendapati suspek negatif dadah, namun mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah. Lelaki itu direman tujuh hari bermula semalam hingga 29 Disember ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung mandatori,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori