SPRM sudah buat pendedahan. Najib juga sudah buat laporan polis. Rakyat tunggu tindakan seterusnya kerana timbul terlalu banyak persoalan.
Siapa individu di Bank Negara yang halang agensi seperti SPRM dan PDRM dapat kongsi maklumat yang diterima BNM dari Singapura pada tahun 2015. Ia berkaitan akaun suami Zeti.
Benarkah jumlah yang diterima ialah RM700 Juta? Mana baki yang lain. Singapura hanya pulangkan RM65 Juta sahaja. Kenapa suami Zeti tidak disiasat di bawah AMLA?
Siapa pula Shaik Akmal Shaik Alauddin dan Vincent Cheah Chee Kong yang memiliki syarikat Morningstar Equities Ltd. Betulkah dia anak saudara TS Nor Mohamad Yakcop.
http://www.apanama.my/2010/01/shaik-who.html
Ambank telah melantik dua syarikat luar sebagai second subcriber untuk Bon 1MDB bernilai RM5B pada tahun 2009.
Satu daripada dua syarikat luar negara itu ialah Aktis Capital Singapura. Mereka bertindak bagi pihak Morningstar Equities milik Akmal. Morningstar terima RM85 Juta. Baca.
https://www.theedgemarkets.com/…/1mdb-update-two…
Sudah tentu rakyat ingin tahu peranan TS Nor Mohamad Yakcop. Dia yang urus pinjaman berberbilion ringgit dari KWAP untuk SRC. Apa kaitan dengan Akmal?
Petikan: FB Dr Puad Zarkashi