Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Rakam Aksi Anak Saudara...

LELAKI berusia 42 tahun ini sememangnya layak digelar manusia berhati syaitan. Mana tidaknya, pemandu...

Jumlah Pelawat Taj Mahal...

NEW DELHI - India merancang untuk mengehadkan jumlah pengunjung harian ke Taj Mahal...

Polis P.Pinang Buka Kertas...

BUKIT MERTAJAM - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung sepucuk surat berbaur ugutan...

Banjir Pulau Pinang: LGE...

PENDUDUK Pulau Pinang menzahirkan perasaan marah mereka susulan kejadian banjir kilat yang berlaku...

Tae Yong Optimis Indonesia Bangkit Benam Thailand Esok

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae Yong optimis pasukannya akan meraih kemenangan ke atas Thailand pada aksi final kedua Piala AFF 2020 di Stadium Nasional, Singapura, esok.

Walaupun menaruh keyakinan tinggi, Tae Yong pasti sedar bahawa terlalu sukar untuk anak buahnya mengatasi agregat 4-0 yang dimiliki Thailand hasil kemenangan pada final pertama, kelmarin.

Berdasarkan kelebihan secara agregat dan persembahan cemerlang Thailand sepanjang Piala AFF kali ini, Indonesia hanya mengharapkan keajaiban berlaku untuk mereka menjulang trofi itu buat kali pertama sejak ia diperkenalkan pada 1996.

“Saya amat percaya kami akan memenangi perlawanan (akhir kedua) esok,” kata Tae Yong.

“Melihat kembali pada perlawanan final pertama, pasukan kami gugup dan terpengaruh dengan wisel pengadil, tetapi itu boleh diterima kerana mereka hanya mempunyai sedikit pengalaman dalam perlawanan besar.

“Sudah tentu Thailand pasukan yang kuat dan ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Namun, saya akan pergi untuk menang esok dan saya meletakkan kepercayaan penuh terhadap pasukan untuk melakukannya.”


Walaupun kejuaraan sudah boleh dianggap menjadi milik Thailand, skuad Gajah Perang yang juga juara lima kali pasti tidak mahu rekod tanpa kalah mereka sepanjang kejohanan kali ini dirosakkan Garuda.

Malah, ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking turut memberi bayangan bahawa pasukannya tetap akan turun dengan misi meraih kemenangan pada aksi final kedua.

“Berdasarkan keputusan yang baik daripada perlawanan pertama, kami berasa lebih bebas dan boleh bermain dengan cara yang kami suka serta saya tidak nampak sebab untuk mengubahnya.

“Kami perlu pamerkan persembahan yang kami mampu dan meraikannya selepas itu, tetapi ia masih belum berakhir dan kami perlu tampil dengan pendekatan sama iaitu memiliki perasaan dahagakan kemenangan seperti yang kami tunjukkan sepanjang kejohanan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori