Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Campur Tangan BNM, Kadar...

KUALA LUMPUR - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan...

SST: Peniaga, Pengusaha Dapat...

KUALA LUMPUR – Peniaga dan pengusaha pasar raya masih menunggu makluman pihak pembekal...

Ibu Beri Dadah Pada...

LONDON - Ibu syaitan. Wanita ini, Nicola Austen, 37, layak diberikan gelaran itu...

Bakal Terima Alat Pengesanan...

BALIK PULAU - Cervisafe, sejenis alat ujian pengesanan awal kanser serviks bakal diperkenal...

Tangguh Fasa Endemik Tidak Jejas Sektor Pengangkutan

SEPANG : Keputusan kerajaan menangguhkan sementara peralihan ke fasa endemik ekoran penularan varian baharu COVID-19, Omicron tidak menjejaskan sektor pengangkutan negara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata kementerian akur dengan keputusan Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 itu.

“Semalam saya pun hadir (mesyuarat itu). Cuma untuk lihat ke arah endemik ini memang ada strateginya, saya rasa itu tidak menjadi masalah,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) di sini, hari ini.

Kompleks berkenaan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi.


Ka Siong berkata, pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pemerhatian dan penilaian mengenai situasi dalam negara.

Semalam BH melaporkan kerajaan memutuskan untuk memperhalusi semula langkah bagi mengumumkan fasa ‘Peralihan ke Endemik’ sehingga mendapat maklumat lanjut berhubung varian baharu COVID-19, Omicron.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori