Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Maut Dalam...

JOHOR BAHARU - Seorang lelaki warga emas yang lumpuh sebelah badan, maut dalam...

Polis Berjaya Kurangkan Indeks...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengurangkan indeks jenayah kecurian kenderaan...

Kadar Guna Air Terawat...

KLANG – Kadar penggunaan air terawat di Selangor pada masa kini adalah 250...

Ritz Airlines Tak Miliki...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengeluarkan surat amaran kepada Ritz Airlines...

Taufan Rai Ragut 208 Nyawa Di Filipina

MANILA : Angka kematian di Filipina meningkat kepada 208 orang manakala 240 cedera dan 52 hilang selepas Taufan Rai melanda wilayah selatan dan tengah kepulauan itu, kata polis.

Lebih 300,000 orang menyelamatkan diri dari rumah dan pusat peranginan di tepi pantai ketika Rai melanda negara itu pada Khamis yang disifatkan sebagai taufan ‘ganas’.

Palang Merah Filipina melaporkan berlaku ‘kematian beramai-ramai’ di kawasan pantai akibat taufan berkenaan.

Ribut itu merobek bumbung, menumbangkan pokok dan tiang elektrik konkrit, menghancurkan rumah kayu serta menyebabkan banjir di pedalaman.

Ketika Taufan Haiyan melanda Filipina pada tahun 2013, ia menyebabkan 7,300 orang maut atau hilang.

Salah satu pulau paling teruk dilanda taufan kali ini ialah Bohol yang menyebabkan sekurang-kurangnya 74 orang mati, kata Gabenor wilayah, Arthur Yap di Facebook.

Kemusnahan meluas turut dilaporkan di pulau Siargao, Dinagat dan Mindanao, yang dilanda ribut dengan kelajuan angin 195 kilometer (120 batu) sejam.

Sekurang-kurangnya 10 orang maut di Kepulauan Dinagat, kata pegawai penerangan wilayah, Jeffrey Crisostomo.


Tulisan S.O.S dicat di atas jalan raya di bandar pelancongan popular General Luna di pulau Siargao yang popular dengan aktiviti meluncur.

Lebih memburukkan keadaan, kawasan terjejas terputus komunikasi, menghalang usaha agensi bencana untuk menilai tahap kerosakan ribut sepenuhnya selain bekalan elektrik terputus, menjejaskan stesen pengisian air dan pengeluaran wang di ATM.

Beribu-ribu anggota tentera, polis, pengawal pantai dan bomba turut dikerahkan membantu mencari dan menyelamat mangsa.

Pengawal pantai dan kapal tentera laut yang membawa makanan, air dan bekalan perubatan dihantar ke lokasi bencana termasuk pasukan jentera khas bagi membersihkan jalan terhalang pokok dan tiang elektrik yang tumbang.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori