Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Garis Panduan Pelaksanaan Ibadat...

KUALA LUMPUR - Urusan ibadat korban bakal menjadi lebih mudah dan teratur untuk...

Replika Adi Wira Barat...

BANGKOK – Pelbagai patung ikon karakter filem dan komik adiwira memeriahkan suasana kuil...

BMW Malaysia Lancar BMW...

KUALA LUMPUR — BMW Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan BMW 6 Series...

Buat Roti, Biskut Untuk...

KUALA LUMPUR -Tidak ramai anak muda yang berminat untuk menghabiskan wang, masa dan...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan dikatakan merancang melakukan gerakan ketenteraan seawal tahun depan, lapor Agensi Anadolu pada Jumaat.

Menurut laporan Washington Post kempen ketenteraan itu boleh menjadi gerakan ketenteraan berskala besar melibatkan seramai 175,000 tentera, memetik pegawai Amerika Syarikat dan dokumen perisikan.

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Terdahulu, Menteri Pertahanan Ukraine Oleksiy Reznikov berkata hampir 94,000 tentera Rusia telah dikerahkan ke sempadan Ukraine dan memberi amaran Moscow mungkin akan mencetuskan gerakan ketenteraan besar-besaran menjelang Januari.

Amerika Syarikat turut dilaporkan menggesa Moscow untuk memenuhi komitmennya di bawah perjanjian Minsk.


Sementara itu, seorang pegawai Rusia berkata pada Jumaat bahawa pertemuan secara maya antara Presiden Vladimir Putin dan Presiden Joe Biden mungkin akan diadakan “dalam beberapa hari lagi.”

Kedua-dua pemimpin itu dijangka membincangkan mengenai pelaksanaan keputusan yang dibuat pada sidang kemuncak Geneva pada Jun lalu, hubungan dua hala, situasi di Afghanistan, Iran, Ukraine, Libya dan Syria, kata penasihat presiden mengenai isu dasar luar Yury Ushakov kepada pemberita di Moscow.

– Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori