Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Menteri Tidak Minat Hadir...

KUALA LUMPUR - Pembangkang hari ini mencadangkan Dewan Rakyat dibubarkan susulan kehadiran mengecewakan...

Ramai Penuntut Di Turki...

KUALA LUMPUR - Lebih 350 daripada 500 pelajar Malaysia di Turki menyuarakan hasrat...

Baling Ular: Netizen Sifatkan...

KECOH jadinya laman sosial hari ini apabila video viral memaparkan sekumpulan murid perempuan...

Saman Pengundi PD Terhadap...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan...

Terengganu Kembali Banjir

KUALA TERENGGANU : Hujan lebat berterusan sejak kelmarin menyebabkan banjir kembali melanda Terengganu dengan kali ini melibatkan daerah Setiu dan Dungun.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 9 pagi ini, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan keseluruhan 21 mangsa.

Katanya, keadaan cuaca semasa di kebanyakan tempat masih lagi hujan lebat pagi ini.

“Di Setiu, PPS Sekolah Kebangsaan Kasar, Hulu Nerus 1 mulai dibuka pukul 1.30 pagi ini dengan menempatkan sebuah keluarga seramai empat orang.

“Di Dungun pula, seramai 17 mangsa membabitkan empat keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan peringkat merah atau bahaya di Kemaman bermula hari ini.


Amaran jingga atau buruk pula dikeluarkan bagi tujuh daerah lain iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Sekretariat itu berkata, dua laluan di Kemaman kini ditutup kepada semua kenderaan berikutan dinaiki air.

Katanya, laluan tersebut ialah di T133, Jalan Pelatoh-Lubuk Lesong dan T08 di jambatan lama Teladas.

Bagaimanapun, menurutnya, laluan di T138, Jalan Permaisuri/Hulu Seladang di Setiu masih lagi dibuka kepada semua kenderaan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori