Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Penduduk Pulau Pinang Tolak...

GEORGE TOWN - Penduduk Pulau Pinang tidak berminat dengan rancangan kerajaan negeri untuk...

Radhi OAG Kongsi Gambar...

RADHI OAG yang selamat menimang cahaya mata perempuan sulung pada tanggal 30 Januari...

Angkat Berat Raih Emas...

GOLD COAST - Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad muncul menjadi wira apabila...

Polis Tahan Lelaki Cuba...

ALOR SETAR – Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai cuba mengelar leher ibunya...

TERKINI: 5,788 Mangsa Banjir Di 61 PPS Lima Negeri

KUALA LUMPUR: Seramai 5,788 mangsa banjir membabitkan 1,747 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri, manakala sebuah PPS di Melaka ditutup, setakat jam lima petang ini.

Berdasarkan aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 61 PPS masih dibuka di Kelantan, Selangor, Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Kelantan yang sedang dilanda gelombang kedua banjir mulai pagi tadi, mencatatkan pertambahan jumlah mangsa dan PPS hari ini, dengan 10 PPS dibuka setakat petang ini, berbanding hanya sebuah PPS yang beroperasi semalam.

Seramai 605 orang mangsa daripada 175 keluarga ditempatkan, antaranya di daerah Jeli di Dewan Orang Ramai Kesedar, Sungai Satan, Masjid Gemang dan Sekolah Kebangsaan Legeh.

Di Pahang, sebanyak 43 PPS beroperasi setakat petang ini dengan merekodkan 4,837 orang mangsa daripada 1,490 keluarga.

Di Selangor, seramai 862 mangsa banjir daripada 210 keluarga ditempatkan di tujuh PPS ketika ini.


Selain itu, salah sebuah PPS di Selangor, iaitu Dewan Sri Siantan, Jalan Sungai Tua menempatkan 12 keluarga ketika ini dengan membabitkan 14 lelaki dewasa, 25 wanita, lima warga emas dan dan lima kanak-kanak susulan tanah runtuh.

Sementara itu, di Terengganu dan Negeri Sembilan, masing-masing sebuah PPS dibuka setakat petang ini.

Seramai 69 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Dungun, sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Puom, Jelebu, menempatkan jumlah mangsa terendah iaitu 29 orang.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori