Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Parti Amanah Sindir Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyindir kerajaan PAS Kelantan kerana menaikkan...

Ancaman Maya Gugat Kelestarian...

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata...

Wujud Transaksi Pembelian Berlian...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkas penafian yang dibuat isteri kepada...

Pizza Hut Kaji Impak...

PETALING JAYA - Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd dan lebih 20 vendornya sedang...

Tiada Aduan Jualan Kotak Android

IPOH : Tiada aduan rasmi daripada pengguna menyebabkan penjualan kotak Android untuk mengakses siaran berbayar secara percuma dan melanggar hak cipta masih dijual di negeri ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Dottie Azlina Ismail, berkata sekiranya ada aduan, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan.

“Sekiranya ada, sudah tentu kita akan menjalankan pemeriksaan dan tindakan memandangkan Akta Hak Cipta 1987 memang di bawah (bidang kuasa) KPDNHEP.

“Sekiranya ada aduan pengguna ataupun arahan daripada ibu pejabat KPDNHEP selepas ini, kita akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan menerusi Op Menu di di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai penjualan alat peranti berkenaan yang dikatakan masih dijual secara berleluasa di negeri ini.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan petunjuk fatwa (irsyad fatwa) bahawa penggunaan peranti sedemikian diharamkan dari sudut agama kerana ia mencerobohi hak dan menzalimi pihak lain.


Sementara itu, Dottie Azlina berkata, menerusi Op Menu yang dijalankan bermula 6 November lalu, sebanyak 10 pengusaha restoran dan kedai makan dikenakan tindakan kompaun membabitkan nilai RM2,600.

Katanya, 408 pemeriksaan dilakukan dengan tujuh daripada mereka dikompaun mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972, manakala tiga lagi mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan itu memberi tumpuan kepada restoran dengan memeriksa tanda harga yang dipamerkan selain pemeriksaan ke atas restoran yang menggunakan alat timbang bagi menentukan harga setiap makanan yang dibeli.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori