Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mohamad Hasan Antara Pemimpin...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beberapa...

Gempa Bumi 5.2 Skala...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Jawa,...

Euro 2016: Kalahkan Poland,...

MARSEILLE - Portugal melangkah ke semifinal Piala Eropah 2016 selepas berhempas pulas menumbangkan...

Imigresen Tahan 13 Warga...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 13 warga asing di atas pelbagai...

Tiada Perintah Berkurung, Syarat Masuk Diperketat Mulai Januari

PARIS : Tiada sebarang perintah berkurung dikenakan ketika sambutan malam Tahun Baharu, tetapi sekatan akan diperketat terhadap golongan tidak divaksin daripada memasuki tempat awam mulai pertengahan Januari, lapor Agensi Anadolu (AA).

Perdana Menteri Jean Castex mengumumkan langkah membendung peningkatan kes COVID-19 dan varian Omicron pada Isnin, sejurus selepas mengadakan mesyuarat kesihatan tergempar berikutan peningkatan kes COVID sebanyak 100,000.

Langkah-langkah itu termasuk rang undang-undang pas vaksin yang telah diluluskan Kabinet pada hari yang sama.

Rang undang-undang pas vaksin itu bertujuan “membebankan golongan yang tidak divaksin” dan menggantikan pas kesihatan semasa bagi membolehkan orangramai masuk ke restoran, kafe, pusat kebudayaan, panggung wayang, muzium dan lain-lain mulai 15 Jan.

“Jika rang undang-undang diluluskan Parlimen, hanya mereka yang mengemukakan bukti vaksinasi dibenarkan masuk ke tempat-tempat yang memerlukan pas vaksin, dan keputusan ujian negatif COVID tidak lagi diterima,” kata Castex.

Terdapat kira-kira 5 juta rakyatnya yang masih belum divaksin dan menolak suntikan COVID-19.


Sekatan lain yang akan dikuatkuasa pada Isnin termasuk mengehadkan bilangan peserta perhimpunan besar kepada 5,000 orang di kawasan terbuka dan 2,000 orang bagi kawasan tertutup, manakala makan dan minum dalam pengangkutan awam, salun wayang, dan kemudahan sukan adalah dilarang.

Castex menyeru orang ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak bagi mengelakkan kemasukan ke hospital.

Menteri Kesihatan Olivier Veran juga memberi amaran bahawa kes harian dijangka melebihi 250,000 pada awal Januari.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori