Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kedah Ambil Pendekatan ‘Tunggu...

ALOR SETAR - Kedah mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' sebelum membuat apa-apa keputusan...

AS Laksana Sekatan Ke...

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas tiga firma di Malaysia dan...

Ku Li Sukar Menang...

SHAH ALAM - Tengku Razaleigh Hamzah dilihat sukar untuk memenangi jawatan Presiden UMNO...

Tisu Termahal Di Dunia,...

JIJIK tapi unik? Apa perasaan anda jika tisu yang digunakan itu diperbuat daripada...

‘Tidak Perlu Terburu-buru Bentuk Kabinet Negeri’

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.

Malah, tegas beliau, perkara itu akan diumumkan apabila tiba masanya kelak.

“Tidak perlu terburu-buru (menubuhkan kabinet) kesemua rakan komponen adalah baik, mereka memberikan sepenuh keyakinan kepada kami.

“Saya akan umumkan (Kabinet Sarawak) apabila tiba masanya nanti,” katanya pada sidang media semasa menghadiri Majlis Pendengaran Keputusan PRN12 Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam Sabtu.

Dalam pada itu Abang Johari turut ditanya sama ada akan membuka ruang kepada parti pembangkang tempatan untuk menyertai gabungan tersebut.

Beliau berkata pihaknya tidak mahu menerima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ‘katak’.

“Kami tidak suka dengan katak, dan kami tidak mahu katak, ada katak yang buta,” katanya.


Pada PRN12 Sarawak, GPS menang 76 kerusi daripada 82 kerusi yang ditandingi.

Manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) hanya berjaya mempertahankan empat kerusinya dan DAP dua kerusi.

Kekalahan parti pembangkang luar katanya turut memberi gambaran jelas bahawa rakyat mahukan parti tempatan mentadbir negeri itu.

Berdasarkan keputusan penuh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 80 kerusi dimenangi parti tempatan Sarawak manakala dua lagi parti dari Semenanjung.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori